BAGI anda yang suka berkebun di rumah, serangga perosak musuh utama. Tak perlu baja kimia, anda boleh DIY pati semburan kawalan serangga organik yang lebih selamat dan menjimatkan.

Agronomist, Azuan Abdullah berkongsi cara menghasilkan larutan sembur untuk menghapuskan musuh pekebun iaitu afid (aphid), ulat koya (mealy bug), teritip (scale insect) dan lalat putih (whitefly) yang menyerang tanaman.

Baca juga: Mudahnya tanam pokok ketumbar guna biji ketumbar timbang kilo, modal tak sampai 50 sen, boleh tanam banyak kali

“Petang ni kita proses lagi kawalan serangga secara organik. Malam nanti baru kita spray kat pokok.

“Kali ni kita buat pati stok untuk 500 ml air,” kongsi Azuan.

Mudah sahaja, hanya menggunakan bahan yang ada di dapur anda boleh hasilkan pati semburan kawalan serangga organik sendiri. Berikut langkah-langkahnya:

Bahan-bahan

32 gram cili api
32 gram halia
63 gram bawang putih
500 ml air (dibahagi tiga)

Cara penyediaan:

1-Kisar cili api, halia dan bawang putih secara berasingan dan tapis. Gunakan 500 ml air sahaja untuk mengisar ketiga-tiga bahan ini.

2-Apabila siap ditapis, baru campurkan ketiga-tiga pati tersebut.

3-Tuangkan ke dalam botol dan simpan.

4-Apabila hendak digunakan, ambil 30 mililiter (ml) pati tersebut dan campurkan dengan 1 liter air.

5-Untuk fungsi yang lebih ‘padu’, tambahkan 5 ml minyak tanah untuk setiap satu liter air.

6-Semburkan pada bawah daun tanaman.

Iklan

Baca juga: Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih

“Afid, thrip, lalat putih dan hamama memang takut sangat dengan pati ni. Pendek kata, kena sahaja semburan terus pecah perut empat ‘beradik’ ni,” kongsi Azuan tentang pati semburan kawalan serangga organik itu.

Selamat mencuba!

Baca juga: Blender cili & bawang putih, sembur seminggu sekali hapuskan perosak tanaman cara organik. Selamat dan jimat!

Baca juga: Mudahnya tanam pokok ketumbar guna biji ketumbar timbang kilo, modal tak sampai 50 sen, boleh tanam banyak kali

Iklan

Sumber: Azuan Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!