Tak semua tonsil perlu dibedah kecuali jika ada 4 tanda ini

Tak semua tonsil perlu dibedah kecuali jika ada 4 tanda ini
Tak semua tonsil perlu dibedah kecuali jika ada 4 tanda ini
A
A
A

TONSIL merupakan sejenis tisu limfoid yang terletak di permulaan saluran pernafasan dan pencernaan manusia.

Ia merupakan salah satu bahagian sistem imun dan membantu untuk melindungi badan anda daripada jangkitan.

Kebanyakan masalah yang kerap dikaitkan dengan tonsil ialah pembesaran dan keradangan tonsil yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti tonsilitis.

Virus merupakan penyebab tonsillitis yang paling lazim, diikuti oleh bakteria.

Tonsillitis boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan ia adalah berjangkit serta boleh merebak apabila kanak-kanak bermain antara satu sama lain dalam jarak dekat.

Begitu juga dengan perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi tentang kerisauan ibu bapa apabila anak terkena tongsilitis.

"Doktor, anak saya ni selalu kena jangkitan tonsil. Macam mana eh? Kena operate buang ke? Kalau tak buang tak apa ke?"

"Di klinik, saya selalu dapat soalan macam ni. Ada ibu bapa risau anak mereka kerap kena tonsilitis (keradangan tonsil), ada juga bimbang jika perlu buat tonsillectomy (pembedahan buang tonsil).

"Kebanyakan kes, doktor akan cuba rawat dengan ubat-ubatan dahulu, nasihatkan pesakit supaya kurangkan makan makanan pedas dan kena banyak minum air serta rehat secukupnya.

Menurutnya, jika doktor suspek ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.

Antara tanda-tanda tonsilitis itu disebabkan oleh jangkitan bakteria adalah:

  • Terdapat bintik-bintik putih pada tonsil.
  • Demam melebihi tiga hari.

Kata Dr Kamarul Ariffin, untuk kepastian doktor mungkin akan buat ujian darah untuk lihat paras leukosit.

"Jika tinggi, maka sah ia disebabkan bakteria," ujarnya.

Ibu bapa atau pesakit perlu merujuk kepada Pakar ENT (Telinga, Hidung & Tekak) untuk pertimbangkan bagi membuang tonsil apabila;

1.Serangan tonsillitis berserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher yang melebihi enam kali dalam setahun.

2. Kawasan di sekitar tonsil bernanah lebih sekali dalam setahun. Ia juga dikenali sebagai peritonsillar abscess atau quinsy.

3. Saluran pernafasan terhalang sehingga mengganggu pernafasan, penelanan dan percakapan. Keadaan ini menyebabkan risiko mendapat apnea (nafas terhenti)

4. Perkembangan fizikal terganggu: Terlalu kurus atau kecil berbanding umur. Selalu mengantuk di sekolah kerana kualiti tidur terganggu.

Ada yang bertanya, "Kalau buang tonsil tu, tak jadi apa-apa ke? Orang kata kalau buang, nanti imuniti jadi rendah.”

Jawab Dr Kamarul Ariffin, tonsil adalah salah satu komponen dalam sistem imuniti tubuh untuk melawan jangkitan.

"Dalam pembedahan tonsillectomy, doktor hanya buang palatine tonsil. Kita masih ada tubal dan lingual tonsil masih jalankan fungsi yang sama.

"Namun begitu, doktor tidak akan membuang tonsil sewenang-wenangnya. Pakar ENT akan periksa dan nilai.

Baca juga Kajian Covid-19: Mampu jejas kesuburan lelaki

"Jika kekalkan tonsil dilihat lebih bermanfaat, maka doktor tak akan bedah. Jika pembedahan dirasakan memberi hasil yang lebih baik, maka doktor akan buang. Berbincanglah dengan doktor," pesan beliau.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca