Tanah runtuh 39 meter di Batang Kali hempap 79 mangsa, 2 daripadanya maut, 15 info berkaitan
TRAGEDI tanah runtuh di kawasan tanah tinggi berhampiran Batang Kali, Hulu Selangor mengejutkan negara.
Bencana yang awalnya dianggar membabitkan kira-kira 100 orang mangsa itu berlaku sekelip mata tanpa sebarang petanda.
Baca juga: Tragedi tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands ragut dua nyawa, berikut kronologi kejadian
Berikut 15 info berkaitan malapetaka itu:
1-Kejadian tanah runtuh berkenaan dikatakan berlaku di sebuah tapak perkhemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
2-Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.00 pagi itu, anggaran awal pihak polis mendapati kira-kira 100 orang mangsa terperangkap.
3-Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.
4-Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.
5-Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap pada peringkat awal.
6-Difahamkan ketinggian runtuhan adalah setinggi 39 meter.7-Anggaran keluasan runtuhan adalah seluas tiga ekar.
8-Anggota dan unit anjing pengesan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.
9-Lokasi tapak perkhemahan berkenaan terletak berdekatan dengan jalan.
10-“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan Unit Pasukan Operasi Taktikal Khas dan Menyelamat Malaysia (STORM)” kata Norazam.
11-Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mendapati jumlah mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan adalah seramai 79 orang.
12-Seramai 23 orang mangsa ditemui dalam keadaan selamat,13-dua orang mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi cedera.
14- Sejumlah 51 orang lagi mangsa masih tidak ditemui.
15-Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan SMART.
Tanah runtuh adalah bencana alam yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Tibanya musim tengkujuh meningkatkan lagi risiko insiden itu.
KAWASAN BERISIKO TANAH RUNTUH
Terdapat beberapa kawasan yang berisiko belakunya tanah runtuh. MERS 999 menasihatkan anda berhati-hati apabila berada di kawasan berikut:
1-Kawasan yang telah diubah suai lalu merosakkan struktur tanah.
2-Kawasan pernah berlaku tanah runtuh sebelumnya.
3-Lereng curam dan kawasan di bawah lereng.
4-Lereng yang telah diubah suai untuk pembinaan bangunan atau jalan raya.
5-Aluran sungai.
Semoga usaha pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa dengan segera.
Baca juga: [VIDEO]'Betul-betul depan kami tanah runtuh tu.'- Lelaki kongsi tragedi di Bukit Fraser
Sumber: Sinar Harian 1, 2 , Bernama, MERS 999
Kredit foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang