'Tiada lagi hero hidupku, macam tak percaya, tergamam...' Aidid Marcello kongsi berita duka, ayah meninggal dunia

A
A
A

PENGACARA dan selebriti terkenal, Aidid Marcello berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.11 petang semalam.

Berita tersebut dimuat naik menerusi laman instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, bekas penerbit dan pengacara TV3 itu turut memuat naik gambar bersama ayah yang dianggap heronya.

"Jam 1:11 petang, aku dah kehilangan hero hidup aku, jujur aku cakap, macam tak percaya. Tergamam. Tapi aku kena strong sebab banyak benda aku kena uruskan utk sempurnakan dia.

aidid

Baca ni ‘Set nawaitu bukan untuk riak dan sombong.’ Berhentikan anak-anak dari sekolah dan hantar ke tahfiz, perkongsian Aidid undang sebak

"Aku ingat lagi doa aku "Ya Allah, kau izinkanlah aku dapat bersama bapa aku disaat akhir-akhir hidupnya. Kau berilah kesempatan utk aku melihat saat akhirnya dan pilihlah aku sebagai anak utk aku dpt urus dan sempurnakan dia dihadapan anak-anak aku supaya anak2 aku dpt ingat moment ni sehingga aku mati," kongsinya yang sambil menitipkan rasa syukur kerana semua urusan berjalan lancar dengan bantuan adik ipar, kenalan, keluarga dan ahli Masjid.

Dalam perkongsian yang sama, suami kepada Norzie Pak Wan Chek itu mengungkap kenangan bersama insan kesayangannya itu sebelum pergi buat selama-lamanya.

2.9.51 tarikh dia dilahirkan. 12.9.80 aku pula dilahirkan. Aku kongsi harijadi yg sama dari dulu. Ada juga pernah ambil gambar potong kek sekali. Aku sorang ja lelaki kat family jadi dia membesarkan aku dengan sistem yg hebat dan sangat tegas. Sebab tu aku jadi manusia, Alhamdulillah.

28.1.24 (Ahad) kami dinner satu keluarga, tak sangka dinner yang terakhir. Dia duduk sebelah aku, sembang macam biasa. Iman, anak aku tertukar menu makanan yg agak sama dengan apa yg dia order. Dia x merungut, relax ja dan makanan dia paling last sampai. Malam tu kami hanya sembang ttg keadaan nenek (mak mertua dia) yg hanya menunggu hari. Doctor kata dalam 7 days, tapi Allah punya kuasa, nenek nampak sihat dan kembali kuat. Jadi semua lega.

aidid 1

29.1.24 (Isnin) dia jumpa doctor utk normal checkup dia. Dia ada masalah jantung dah lama tapi displin dia jaga makan dan ubat2 lain Alhamdulillah tapi kadang2 org lama ni, ubat doc depa xkan makan bila badan dah rasa ok. Biasalah tu. Adik dan mak bergurau biasa tegur ttg dia yg suka skip ubat. Dia balas melawak 'xpalah, kalau saya nak mati nanti pun biar mati mengejutlah, senang x payah susahkan org'. Kita yg biasa dengar mungkin x menyangka itu mungkin doanya yg sebenar.

30.1.24 (selasa) Dia dan mak nak fly balik LGK sekejap sebab lama tinggal rumah. Plan nak balik kejap lepas tu dtg KL balik. Pendekkan cerita, dia collapsed di kedai makan dlm airport. Mak call aku dan aku tahu something serious terjadi.

Aku ada dalam range 10km, aku pecut dan separa sedar bawak kereta, sampai dan terus lari ke kedai makan. Hati aku berderai sambil lari, makin dekat aku nampak bapak aku terbujur baring kat lantai sambil dibantu oleh flight crew dan bomba airport tgh CPR. Aku tatap muka dia masa tu, Allahuakbar. Sampai sekarang terbayang.

Baca lagi Zarina Zainuddin kongsi berita duka, ayah meninggal dunia akibat kanser

aidid 5

Beliau yang berkesempatan menemani arwah di dalam ambulans sempat mengajar ayahnya mengucap sebelum akhirnya arwah pergi buat selama-lamanya.

Biarpun sedih kehilangan insan tersayang, namun Aidid bersyukur kerana pemergian ayahnya cukup mudah dan segalanya berjalan lancar saat dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan.

aidid 2

Pendekkan cerita, aku ikut dia dalam Ambulance. Saat itu aku tetiba teringat, ini agaknya moment yg Allah perkenankan utk aku dan bapak sekiranya sampai waktu dia. Aku nampak pulse dia rendah, aku rapatkan pipi aku ke pipi dia sambil aku ajar mengucap, zikir dan apa sahaja yg ingat sebab aku sangat terkejut time tu.

Aku pendekkan lagi, ayah aku IC dan alamat langkawi. Dia dapat rezeki dimandikan di Masjid Bukit Jelutong, disolatkan bersama makmum Asar tadi dan selamat dikebumikan sekitar 6.10pm.

Doa aku sekali lagi dimakbulkan bila aku dpt imamkan bapak aku sendiri. Terima kasih ALLAH ❤️ Cepat betul dia tinggal kami semua. Dalaman aku sedih. Tapi sebagai anak aku sangat cemburu dengan cara pemergian dia dan aku happy sangat, proses menyempurnakan dia sangat pantas dan dipermudahkan.

Baca juga ‘Rehat dan tenanglah cinta hati saya.’ Faizal Tahir kongsi berita duka, ibu meninggal dunia

aidid 4

31.1.24 lebih kurang jam 10pm. Nenek aku (mak mertua dia) menghembuskan nafas yg terakhir. Allah sebaik-baik perancang. Pada awal niat bapak & mak aku nak turun KL jaga nenek aku sebaik boleh, tapi yg datang melawat dijemput terlebih dahulu.

Bapa kepada empat cahaya mata itu sempat menitipkan pesanan buat semua supaya sentiasa berbaik dan mengeratkan hubungan antara adik-beradik.

aidid 3

"Pengajaran yg aku dpt, MATI itu PASTI, kena bersedia sebelum ajal tiba dan eratkan silaturrahim kita sesama adik beradik, kenalan, sahabat, jiran dan seramai mampu.

"Baiklah itu sahaja dari aku kali ni, sekarang aku betul2 rasa erti kehilangan. Nasihat aku, yg mana masih ada mak ayah, ada gaduh sikit ka, terasa hati ka atau dia perlukan bantuan ka, bantulah mereka dan gunalah masa yg ada utk happykan mereka.

"Nak minta jasa baik semua yg sedang baca ni, minta tolong letak phone kejap sambil sedekahkan Al-Fatihah utk dia. Azahari Bin Abdul Khalid. Semoga tuan/puan yg hadiahkan Al-Fatihah ni diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan insyaAllah," ungkapnya

Salam takziah buat Aidid sekeluarga. Semoga tabah dan kuat dengan ujian tersebut. Al-Fatihah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca