‘My biggest supporter, my partner in all’ – Dr Fie dedah sisi sporting Kapten Amrul, kejutan kecil jadi kenangan terindah

Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie
Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie
A
A
A

PEMPENGARUH Dr Fie Tawfek menyifatkan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar sebagai penyokong terbesar yang sentiasa berada di sisi, terutama sepanjang perjalanan menyiapkan persiapan perkahwinan mereka.

Dalam hantaran di Threads, doktor pergigian itu berkongsi sisi sporting Kapten Amrul yang tidak lokek mencipta momen istimewa buat dirinya.

"Buat suami tersayang, Terima kasih sebab sporting sepanjang perjalanan persiapan wedding kita. I tahu semuanya agak hectic, penat dan kadang-kadang overwhelming, tapi you tak pernah merungut, apatah lagi nak bertekak dengan saya. You just go with the flow and support whatever my family and I plan.

Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie
Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie

"I appreciate sangat you join me buat content, macam dah biasa ek buat content tu. Thank you sebab tak pernah buat I rasa bersalah dengan kerja dan minat yang I buat.

"Terima kasih sebab maintain cool dan sabar melayan berjam-jam sesi video dan photoshoot I. Dari satu angle ke satu angle, dari satu video ke video yang lain, you tetap layan. Awe! Thanks baby," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, pemilik nama Afifah Hidayah Ahmad Tawfek itu turut mendedahkan kejutan kecil apabila suaminya memusingkan baju pengantin yang disarungnya, sekali gus mencipta momen romantik yang sehingga kini menjadi kenangan manis buat dirinya.

"Dan paling I hargai, terima kasih for the surprise sweet moments, you twirl baju wedding I yang cantik tu.

Artikel Berkaitan:

Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie
Foto: Ihsan thekhulafastudio, IG Dr Fie

"Nampak macam simple but percayalah, momens seperti itu sangat bermakna untuk saya. It’s the little things that make everything so special.

"I tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea I sepanjang persiapan ni. But you made the whole journey so much sweeter.

"Thank you for being my biggest supporter, my partner in all the little adventures and now, my husband. I love you," kongsinya.

Sekadar info, Dr Fie dan Kapten Amrul disatukan 10 pagi Ahad dalam satu majlis di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan berkenaan disatukan dengan sekali lafaz. Dalam majlis tersebut, Dr Fie menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Untuk rekod, Dr Fie memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Nubhan Ahamad.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang