Tidak makan daging, ini manfaat untuk kesihatan
SESETENGAH individu tidak memakan daging kerana khuatir boleh memudaratkan kesihatan.
Daging mempunyai sejumlah nutrien penting, seperti protein, lemak, mineral serta vitamin dan tubuh memerlukan semua nutrien ini dalam jumlah yang seimbang untuk kekal sihat.
Namun, ada sebilangan orang yang memilih untuk menjadi vegetarian dan sama sekali tidak makan daging. Adakah korang pun seperti ini?
Sebenarnya, orang yang tidak makan daging dapat mengurangkan lemak dan kolesterol yang kurang tepu.
Dengan tidak mengambil protein haiwan, tubuh juga cenderung menurunkan kadar lemak jahat (LDL), tekanan darah, dan bilangan indeks jisim badan.
Selain itu, ini yang korang akan dapat jika tidak memakan daging;
1. Menurunkan risiko penyakit jantung
Penyelidikan oleh European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC), Oxford, melibatkan 65,999 orang.
Penyelidikan tersebut mendapati orang yang tidak makan daging (vegetarian) memiliki risiko penyakit jantung 19 persen lebih rendah.
2. Mengurangkan risiko kanser
Salah satu kebaikan tidak memakan daging adalah dapat mengurangkan risiko barah, terutama barah usus besar.
Para penyelidik juga mendapati bahawa wanita yang tidak makan daging mempunyai risiko lebih rendah terkena barah payudara.
3. Mencegah diabetes jenis 2
Manfaat tidak memakan daging sebenarnya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Kajian yang dilakukan oleh American Diabetes Association juga mendapati bahawa orang yang mengikuti diet vegetarian mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan sindrom metabolik.
4. Menurunkan risiko hipertensi
Tidak memakan daging dikaitkan dengan penurunan tekanan darah, jadi risiko hipertensi dapat dikurangkan.
Satu kajian membandingkan tekanan darah vegan dengan atlet yang memakan daging dan didapati bahawa tekanan darah lebih rendah pada kumpulan vegan.
5. Mencegah kematian pramatang
Sebanyak 26 peratus penyebab kematian adalah pengambilan daging merah yang tinggi, sama ada diproses atau tidak.
Dengan tidak memakan daging, juga dapat mengurangkan risiko kematian pramatang.
6. Mencegah kegemukan
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Academy of Nutrition and Dietetics menyatakan bahawa orang yang tidak makan daging mempunyai BMI rata-rata yang lebih rendah daripada pemakan daging.
Mereka yang vegetarian juga mempunyai kadar obesiti yang jauh lebih rendah daripada pemakan daging.
7. Menurunkan risiko insomnia
Makan banyak sayur-sayuran yang tinggi isoflavon dapat meningkatkan kualiti tidur. Isoflavon adalah sebatian tumbuhan yang banyak terdapat pada kacang soya.
Sebenarnya, sebuah kajian dalam Journal of Nutrition pada bulan Disember 2015 mendapati bahawa orang yang makan diet kaya isoflavon mengalami penurunan gejala kemurungan. Menambah buah dan sayur juga dapat meningkatkan mood.
8. Menurunkan risiko kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung dan strok. Lemak tepu terutamanya terdapat pada unggas, keju dan produk haiwan lain.
Kajian secara konsisten mendapati bahawa orang yang sama sekali tidak makan daging mengalami penurunan kadar kolesterol darah sebanyak 35 peratus.
9. Mengurangkan keradangan kerana penyakit autoimun
Pengambilan daging, keju, dan makanan yang diproses dapat meningkatkan keradangan dalam badan.
Keradangan jangka pendek adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, keradangan jangka panjang dikaitkan dengan serangan jantung, strok, diabetes dan beberapa penyakit autoimun.
Baca juga Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera
10. Mengurangkan tanda penuaan
Elakkan daging dan ganti dengan sayur-sayuran atau buah-buahan yang baik untuk kesihatan kulit.
Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan kacang-kacangan terbukti memberi lebih banyak antioksidan dan dengan itu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan tanda-tanda penuaan.
Banyak kelebihan apabila tidak memakan daging bukan? Namun, itu tidak bermakna bahawa tidak memakan daging dapat menjamin kesihatan korang sepenuhnya.
Korang masih harus menjaga kesihatan dengan aktiviti lain seperti bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, rehat secukupnya dengan tidur lapan jam sehari, menguruskan tekanan dengan baik, elakkan merokok dan alkohol serta amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat.
Sumber: klikdokter
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang