Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

A
A
A

Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

SEMALAM satu berita menggemparkan negara apabila seorang isteri maut ditembak suami di Kangar, Perlis.

Wanita yang berusia 26 tahun itu dipercayai ditembak suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berikut info kejadian;

1. Polis menerima laporan kejadian jam 7.26 pagi. Laporan dibuat seorang individu mengatakan seorang wanita berusia 26 tahun ditembak di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru Simpang Empat berhampiran Kilang Padi Bernas.

2. Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dikejarkan ke lokasi dan mengesahkan berlaku kejadian tembak.

3. Dalam kejadian jam 7 pagi semalam suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isteri mangsa yang juga seorang suri rumah.

Baca juga Cinta ‘mati’ suami isteri, Akie Abe pilu iringi jasad Shinzo Abe ke persemadian

Kredit foto: Sinar Harian

4. Mangsa ditembak dengan lebih daripada lima das tembakan, menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan terkena bahagian bawah mata kiri mangsa.

5. Sebelum insiden itu berlaku, tiada sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah berlaku antara pasangan terbabit sebelum kejadian itu.

6. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

7. Polis memperolehi reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor dalam sebuah wad di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bermula hari ini sehingga 12 Mac ini bagi membantu siasatan.

8. Reman terpaksa dilakukan di HTF berikutan suspek berusia 27 tahun itu dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital tersebut.

Baca juga Jom praktik! Elak perang besar suami isteri, tiga masa ini paling sesuai berbincang

Kredit foto: Sinar Harian

9. Yusharifuddin memaklumkan, pihaknya menyiasat motif suspek bertindak sedemikian dari pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.

10. Sementara itu, ibu mentuanya, Che Mas Taha, 63, berkata, menantunya itu pernah diserang kemurungan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Sumber: Sinar Harian, Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca