Jom praktik! Elak perang besar suami isteri, tiga masa ini paling sesuai berbincang

A
A
A

Jom praktik! Elak perang besar suami isteri, tiga masa ini paling sesuai berbincang

PERNAHKAH kalian berdepan dengan situasi perbincangan yang tidak berpenghujung antara suami isteri. Kadangkala perkara yang dikongsi bukanlah pelik tetapi cara dan masa yang salah.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri. Datuk Dr Fazdilah Kamsah berkongsi cara isteri berbincang dengan suami tanpa mencuit perasaannya.

Baca juga: Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

“Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas. Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda. Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama.

“Masa itu, jika silap percaturan memang boleh perang besar atau kalau jenis suami tak kesah, waktu itulah dia buat tak peduli sahaja.

“Maka, luahan kalian hanya tinggal bebelan yang tiada kesan pun pada kebaikan rumah tangga. Petua terbaik untuk berbincang dengan suami adalah tiga waktu ini,” katanya.

Baca juga: Awas, suami isteri bermesra siang hari bulan Ramadan boleh jatuh makruh, batalkan puasa

Dr Fazdilah berkongsi tiga waktu yang disarankan beliau seperti berikut:

1.Selepas solat berjemaah

Waktu sudah berdoa dan bersalaman, waktu inilah suasana harmoni dan tenang. Boleh suarakan dengan penuh adab dan halus. Pasti suami dengar.

2. Selepas makan bersama

Waktu perut sudah kenyang, hati pun jadi senang. Masa ini boleh suarakan dengan berhemah dan lemah lembut.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

3. Sebelum tidur

Waktu sebelum lelapkan mata, budayakan memohon maaf pada suami. Kemudian tegurlah apa yang perlu. Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar.

Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua.

Komunikasi dalam rumah tangga jangan dipandang remeh, ia memang perlu dijaga. Suami mahupun isteri kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni dan tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga.

Baca juga: Tanpa jujur masih boleh gembira tapi bukan bahagia.Deep pesanan Ustazah Asma'

Sumber: Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca