Tak puas hati isteri minta cerai, lelaki kejam ini tembak semua ahli keluarganya sampai mati

A
A
A

MATI ditembak ahli keluarga sendiri!

Bayangkan, selepas lebih 20 tahun mendirikan mahligai perkahwinan, kehidupan sebuah keluarga musnah sekelip mata dalam satu tragedi berdarah yang cukup kejam.

Kisah yang berlaku di bandar Enoch, Utah, Amerika Syarikat baru-baru ini memang akan membuatkan sesiapa garu kepala.

Bayangkan, hanya gara-gara tidak mahu bercerai, Michael Haight, 42, sanggup menembak mati isterinya di kediaman mereka.

Lagi memeranjatkan, lelaki itu sanggup membunuh lima anaknya masing-masing berusia empat hingga 17 tahun tanpa ada sekelumit perasaan bersalah.

mati ditembak

Bukan itu sahaja, ibu mertua yang berusia 78 tahun turut menjadi mangsa.

Apa yang berlaku seterusnya, pasti akan membuatkan anda terperanjat.

Lapor NBC News, mayat mangsa, Tausha Haight, 40, dan ahli keluarganya lain ditemui oleh pihak berkuasa kira-kira pukul 4 petang, 4 Januari lalu.

mati ditembak

Selepas menerima laporan orang ramai mengenai kehilangan wanita itu selepas tuan punya badan gagal dihubungi dalam tempoh yang lama, pihak polis terus melakukan siasatan di rumah mangsa.

Baca juga Wanita ditembak bekas suami, tidak boleh terima kisah penceraian jadi ‘viral’ TikTok

Hasil pemeriksaan lanjut membuatkan semua terkesima apabila mayat suspek yang ditemui dengan kesan tembakan. Hal itu sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya.

mati ditembak

TEMBAK DIRI SENDIRI

Selepas siasatan terperinci dilakukan, pihak polis mendakwa, suspek pembunuhan tragedi itu ialah orang dalam sendiri. Ini kerana tiada bukti kesan pencerobohan.

Kehadiran suspek lokasi kejadian juga menimbulkan keraguan kerana pasangan tersebut sudah tidak lagi tinggal bersama.

mati ditembak

Kalau diikutkan rekod, isteri kepada lelaki durjana itu sudah memohon penceraian di mahkamah sejak Disember tahun lalu.

Baca juga Kejam! Kerana mahukan anak lelaki, bapa ‘gila’ tembak mati bayi perempuan

Lapor NBC News lagi, bukti forensik akhirnya menunjukkan Michael telah menembak dirinya sendiri selepas membunuh semua mangsa.

mati ditembak

Apa yang membuatkan orang ramai 'naik hantu', lelaki terbabit sanggup mencederakan anak yang paling kecil berusia empat tahun sehingga terkorban.

Dalam pada itu, menurut Datuk Bandar Enoch, Geoffrey Chestnut, insiden berkenaan memang menggemparkan lebih 7,500 komuniti setempat dan juga dirinya.

mati ditembak

"Paling terasa kehilangan ialah anak saya kerana berkawan dengan anak mangsa. Mereka sangat rapat dan sentiasa bermain di kawasan halaman rumah.

Baca juga Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

"Kami semua tak sangka kejadian buruk menimpa keluarga tersebut. Meskipun tidak tahu apa sebenarnya terjadi, namun kami mengenali mereka sebagai jiran dan kawan," katanya.

mati ditembak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang