Trending pengantin gelabah, ketar sarung cincin, ustazah beri ‘teguran’ sayang

A
A
A

ACARA pembatalan wuduk lazimnya dilakukan selepas selesai akad nikah. Bagi menyempurnakan acara itu, kebiasaannya pengantin akan menyarungkan cincin ke jari pasangan.

Akhir-akhir ini tular di laman sosial video pasangan yang kelihatan malu-malu ketika acara pembatalan wuduk.

Sedar atau tidak ia sebenarnya perbuatan tidak matang yang boleh mencalarkan maruah wanita. Malah tidak wajar dirakam dan ditularkan sehingga menjadi ikutan.

 

Perkongsian pengguna Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh ini boleh dijadikan panduan buat bakal pengantin dan keluarga agar dapat mengelakkan situasi kurang manis itu.Baca juga: Dedah aib suami isteri, 'unboxing pengantin' jadi trend kini undang kecaman

 

Berikut perkongsiannya:

“Saya rasa semakin trending pula video 'pengantin malu-malu' untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian tular dengan kapsyen yang menunjukkan 'betapa muslimah' dan 'sucinya' pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini.

“Ada yang menggeletar sewaktu hendak bersalam dengan suami. Sambil tergelak meliuk lentuk badannya ke kiri dan ke kanan.

“Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik - sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah. Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama,” katanya.

Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh

BERTUKAR MENJADI SESI NAKAL

Dalam pada itu, ada yang mengambil masa terlalu lama sehingga mengundang usikan nakal. Menurut Sharifah Zahidah aa tidak sepatutnya berlangsung sedemikian.

“Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan tidak senonoh yang memalukan dari penonton.

“Ia malah memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang,” titipnya.

WANITA MALU TIDAK BEGITU

“Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan muslimah sejati apabila mereka berasa malu, ia terserlah pada wajah mereka dan bukannya tindakan yang tidak sepatutnya. Tetapi orang tahu. Dan orang menghormati mereka kerana mengetahuinya. Sama seperti kisah Musa dengan anak perempuan Nabi Syuib alaihissalam."

"Pesanan akhir beliau, jika anda benar-benar berasa segan, kamu tidak akan ketawa kerana malu. Malu adalah satu tindakan yang menaikkan semangat wanita. Terkekek-kekek kerana malu hanya menjadikan wanita sasaran untuk jenaka yang buruk dan tidak wajar," tulisnya.

Kata Sharifah Zahidah wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang.

“Yang betul-betul malu akan kaku tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama lantas menyegerakan proses sehingga tidak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai,” ujarnya.

Baca juga: Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua

Baca juga: [VIDEO] Idea Unik, Pengantin Jadikan Sayur Segar Buah Tangan Tetamu Majlis Kahwin

TIDAK SELESA, TANGGUH DULU

Sharifah Zahidah turut menyuarakan cadangan terhadap ibu bapa dan keluarga agar menegur bakal pengantin agar insiden seumpama itu tidak berlaku.

“Bagi ibu yang ada anak perempuan, nasihatkan mereka apabila bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tidak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja.

“Usah teruskan acara menjadi tatapan umum sehingga terjadinya satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.

“Wanita yang ‘high class’ adalah wanita yang setiap gerak-gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.

“Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tidak semakin ‘galak’ dan tular." tulisnya.

Dalam pada itu,Sharifah Zahidah turut meminta wanita agar tidak berbuat demikian di khalayak.

“ Simpan malu-malu kalian di hadapan suami dalam saat peribadi. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan,” titipnya.

Semoga teguran ‘sayang’ ini bermanfaat untuk semua. Usah jadikan perkara jelik sebagai kebiasaan dalam masyarakat kita.

Baca juga: Banteras Nikah Bawah Usia, Had Umur Perkahwinan Perempuan Islam Kekal 16 Tahun

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca