BERKAHWINAN merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

Itulah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempurna dan bahagia.

Dalam Islam, had umur minimum perkahwinan bagi perempuan adalah 16 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru itu, kerajaan berpendirian tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam dari 16 kepada 18 tahun.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, ini keterangan mengenainya;

1. Pendirian itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kajian berhubung perkara itu.

2. Kerajaan telah meneliti dan mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan perempuan beragama Islam dari 16 kepada 18 tahun.

Iklan

3. Kajian tersebut termasuk membentangkan cadangan tersebut dalam pelbagai forum memandangkan ia dibawah bidang kuasa negeri-negeri.

Iklan

Nikah sindiket

4. Setelah mengambil kira maklum balas, kerajaan melalui Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah pada 22 September lalu berpendirian tiada keperluan meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam.

5. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Bilangan 1 Tahun 2018 yang berkuat kuasa pada 28 September 2018.

Baca juga Lebih 20 tahun mudahkan pembayaran tol, kad Touch ’n Go, SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat

6. Berdasarkan statistik JKSM, jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur orang Islam selepas tiga tahun pelaksanaan SOP itu berkurangan apabila 2,098 permohonan diluluskan dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober lalu, berbanding 2,885 dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018.

Demikian jawapan Idris kepada soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) tentang usaha kerajaan untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah-langkah lain untuk membanteras perkahwinan bawah umur pada persidangan Dewan Rakyat semalam.