Tular Aidil Fitri 21 April sebenarnya tidak sahih, JAKIM mohon hormat penentuan rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

A
A
A

Tular Aidil Fitri 21 April sebenarnya tidak sahih, JAKIM mohon hormat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

HARI ini merupakan hari ke-13 Ramadan. Berbaki 17 hari lagi menuju Syawal, tentu ramai yang sudah mula memohon cuti raya kan?

Lazimnya semua akan menunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Rajauntuk mengetahui tarikh hari raya. Namun baru-baru ini heboh di laman sosial imej kalendar Islam yang memaparkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada 21 April 2023.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan itu dikeluarkan oleh pihaknya. Berikut info berkaitan:

1-JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh pihaknya.

2-Jabatan itu menasihatkan orang ramai agar menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Baca juga: Tular tarikh raya awal sehari, Jakim nasihat hormati proses penentuan rasmi

INFO KAEDAH PENETAPAN 1 SYAWAL

i-Menurut portal Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh Malaysia telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah.

ii-Dalam konteks pengisytiharan tarikh melihat anak bulan awal Ramadan dan Syawal, Jawatankuasa Rukyah Negeri dan Jawatankuasa Falak Negeri bersama Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mendapatkan laporan keseluruhan cerapan yang dilaksanakan oleh semua pusat pencerapan pada tarikh melihat anak bulan (29 hari bulan) bulan sebelumnya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Astro Awani)

iii-Laporan yang diterima daripada pegawai pencerapan adalah meliputi fakta waktu dan keadaan cuaca ketika mencerap.

iv-Apabila selesai, laporan tersebut akan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenan.

v-Setelah itu, pengisytiharan tarikh permulaan puasa dan hari raya akan dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen.

vi-Untuk pengetahuan anda, sebelum tahun 1972, urusan penetapan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.

Baca juga: Nak barang tiba sebelum raya, Pos Laju umum tarikh akhir pengeposan. Jangan tunggu saat akhir

Sumber: JAKIM, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Pejabat Mufti Wilayah

Kredit foto  utama: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca