PEJAM celik, tak sampai 10 hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Akur dengan pematuhan standard prosedur (SOP) sempadan negeri di seluruh negara tidak boleh direntasi bagi mengelakkan penularan Covid-19, maka perkhidmatan kurier atau pengeposan barangan membantu mengubat kerinduan kepada insan tersayang.

Masakan tidak, sebahagian besar individu mengambil inisiatif mengirimkan bingkisan dan pelbagai keperluan raya kepada ahli keluarga yang tinggal di berlainan negeri sebagai pengganti diri.

 

Tidak kurang juga ada yang membeli kelengkapan lebaran seperti baju raya, hiasan rumah dan kuih raya secara dalam talian. Situasi ini secara tidak langsung melibatkan perkhidmatan kurier bagi memastikan barang yang dibeli tiba dengan selamat.

Justeru, bagi korang yang ingin mengirimkan barang usah berlengah lagi. Pos Malaysia telah mengumumkan tarikh terakhir pengeposan barangan atau dokumen bagi memastikan ia sampai ke tangan penerima sebelum hari raya.

Bagi perkhidmatan Pos Laju, parcel ke destinasi di Semenanjung Malaysia, tarikh saranan pengeposan adalah pada 8 Mei 2021. Sementara itu, untuk negeri Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tarikh akhir pada 6 Mei 2021.

Baca juga Poster Lama Tular. Kerajaan Selangor Nafi PKP 3.0, Rakyat Jangan Kongsi Maklumat Tak Sahih

Bagi destinasi di negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Terengganu pula pada 7 Mei 2021.

Iklan

Dalam pada itu, bagi perkhidmatan pengeposan surat, kad raya pada 5 Mei ini bagi negeri-negeri di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pada 3 Mei 2021.

Iklan

Diharapkan dengan pengumuman tarikh tersebut korang dapat merancang penghantaran barang dan dokumen kepada penerima.

Justeru, langkah terbaik kirimkan sebelum atau pada tarikh akhir ditetapkan bagi mengelakkan kita berputih mata gara-gara barang gagal tiba sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 13 Mei nanti.

Sumber: Pos Malaysia