40 hari bermotosikal sejauh 14,769km ke Madinah, Tanabalan buktikan beza agama bukan halangan. 'Terima kasih yang membantu'

A
A
A

LELAKI bukan Islam, P Tanabalan menjadi inspirasi ramai rakyat Malaysia selepas berjaya sampai ke destinasi dituju dalam ekspedisi Jelajah Silaturahim yang bermula 20 Mac lalu.

Pembaca meter Tenaga Nasional Berhad berketurunan India itu meluahkan rasa gembira selepas kembara paling jauh yang disertainya itu mencapai matlamat.

"Hari ke-40 saya selamat sampai ke Madinah dengan motosikal sendiri. Saya menyertai Jelajah Silaturahim dan berjaya melakukannya.

Tanabalan di Boten Border Crossing, Laos-China.

"Ramai rakan beragama Islam membantu saya dari segi kewangan untuk menjadikan perjalanan lancar. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap yang menghulurkan bantuan," jelasnya di Facebook.

Baca juga: 'Selamat hari raya Appa.'Viral wanita India ziarah kubur bapa sempena Aidilfitri runtun hati warganet

Baca juga: Inspirasi! Ibu mentua masak sahur & berbuka untuk anak menantu walau beza agama, perkongsian doktor wanita ini buat ramai tersentuh

Baca juga: ‘Manjanya, jaga penuh kasih sayang.’ Anak menangis enggan pulang, rapat dengan pengasuh India raih pujian ramai

Tanabalan mengabadikan memori di Ganesh International Park Thailand.

Tanabalan, 37, ikut serta dalam ekspedisi itu bersama bersama 18 individu lain berkata, kembara berkenaan paling jauh pernah disertai dan mempunyai cabaran tersendiri.

Bagaimanapun, katanya ia menyeronokkan.

Baca juga: ‘Kebahagiaan semudah itu, terima kasih ayah-ayah’ Pasangan India suka ronda bazar Ramadan buat ramai terhibur

Baca juga: Kereta ‘buat hal’ hampir waktu berbuka, wanita India terharu tindakan jemaah surau di Ampang

Tanabalan merakamkan motosikal Honda RS150R miliknya di Dubai

"Ada lokasi tidak dibenarkan orang bukan Islam masuk, saya tidak akan pergi.

"Macam kembara ini, sepatutnya ke Makkah tapi saya hanya mengikutinya sampai di Madinah bagi melihat bangunan dan budaya masyarakat Arab," katanya.

Menerusi Facebook, pemuda dari Kuala Lumpur itu berkongsi detik kembara dan perjalanannya dari Malaysia ke Makkah melalui negara seperti Thailand, Laos, China, Nepal, India dan Iran.

Ketika di Taftan, Balochistan, Pakistan

Bak kata pepatah, jauh berjalan, luas pengalaman. Tanabalan berkata, beliau suka menjelajah dunia bagi mencari pengalaman hidup dan menambah ilmu pengetahuan.

Ujarnya, misi jelajah negara yang dilakukan tidak memandang perbezaan agama sebagai halangan kerana beliau sangat menghormati peraturan di semua tempat.

"Sebelum ini saya juga sudah biasa melawat tempat ibadah agama lain seperti masjid, gereja dan tokong Buddha untuk melihat tempatnya bagi menambah pengetahuan kerana kita hidup di Malaysia berbilang kaum serta agama yang saling menghormati," katanya.

Pemuda yang memiliki motosikal Honda RS150R sudah 10 tahun aktif menunggang kenderaan beroda dua itu secara solo dan berkumpulan ke Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia (Kalimantan), Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja.

Tanabalan ketika melepasi Bandar Abbas, Iran

Dalam hantaran di sosial media Facebook, beliau turut menitipkan penghargaan buat insan yang berjasa sepanjang ekpedisi jelajah itu.

"Terima kasih kepada Abang Mansur Hamzah untuk dapatkan cuti daripada Tenaga Malaysia Berhad. Terima kasih kepada abang Kanna Lingam yang menaja penyelenggaraan motosikal termasuk alat ganti dan set-up engine.

"Kini, mileage motosikal saya 129,769 kilometer (km) masih steady, sudah berjalan 14,769km dari Kuala Lumpur ke Madinah (Saudi Arabia) no issue.

"Terima kasih saudara Jasdi Selamat berikan peluang menumpang di rumahnya di Dubai. Tidak lupa bantuan dihulur Fauwaz Zamzam, Shams Rosli, Mohd Alfishahrin dan Aimpro Samudra," tulisnya.

Arab Saudi meraikan visa pelancong untuk semua pelawat dari seluruh dunia bermula 2019.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi (SCTH), Ahmad Aqil Al-Khatib berkata, pihaknya mengalu-alukan pelancong kerana menjadi sumber pendapatan utama dan mesin bagi mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Visa pelancong juga tidak mengecualikan mana-mana agama atau kepercayaan dan pelancong boleh melakukan lawatan berganda sepanjang tahun dengan syarat setiap lawatan tidak melebihi 90 hari.

Baru-baru ini, tiga rakyat Malaysia selamat tiba di Madinah selepas 150 hari berbasikal dari Kuala Lumpur dalam misi menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji.

Ketiga-tiga mereka, Ahmad Mohd Isa, 36, isterinya Noradilah Mohd Sapie, 37, dan kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Abdul Halim Talha, 57, tiba di destinasi selepas menempuh jarak 12,000km.

Sumber: e-fokuskini, Facebook, Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca