'8 hari belum berhenti.' Fatimah The Family UK alami pendarahan selepas pembedahan kini lemah, keluarga mohon doa

A
A
A

PEMPENGARUH cilik, Fatimah Omar Mukhlis meraih simpati ramai susulan masalah kesihatan yang dihadapi baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan.

Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.

"Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan syifa dan afiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.

Baca juga: 'Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.' Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

"Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas," katanya.

Selain itu, difahamkan anak kedua daripada tiga beradik berkenaan semakin lemah susulan pendarahan.

"Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti.

"Keadaannya semakin lemah sejak dua hari lepas," titipnya.

Baca juga: “Tolong doakan Fatimah…” Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman

Baca juga: Boleh makan tanpa muntah, keadaan Fatimah beransur baik, Ali risau sempat kirim mainan untuk kakak

"Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, ALLAH kurniakan keajaiban buat Fatimah," kongsinya.

Dalam pada itu, keluarga si kecil itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan warganet dan titipan doa yang berterusan.

"Terima kasih pada semua yang tidak putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

"Semoga segala jasa anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh ALLAH SWT," luahnya.

Baca juga: Amalkan ayat al-Quran ini untuk penawar semua penyakit. Insya-ALLAH dengan izin-NYA

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, beliau dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital yang terletak di Birmingham buat pertama kali dimuat naik pada 16 Mac lalu.

Banyak gambar serta video menjalani rawatan sering dimuat naik tanpa keluarganya mendedahkan sakit sebenar yang dihidapi kanak-kanak itu.

Biarpun tidak mengetahui situasi dihadapi Personaliti Media Sosial Popular 2018 itu, warga maya terus menitipkan doa agar beliau sembuh.

Fatimah yang popular dengan pesanan ‘sek kito jange break’ itu juga merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.

Petah dan pandai berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar menghiburkan warga maya.

Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca