Anak syukur, doa kebahagiaan ibu 59 tahun temu jodoh pemuda 22 tahun
SIAPALAH kita untuk mempertikaikan urusan jodoh kerana ia adalah rahsia Tuhan. Cepat atau lambat juga bukanlah urusan kita sebagai hamba-Nya.
Jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH. Walaupun mempunyai jarak usia 37 tahun, ia bukan penghalang untuk merealisasikan mahligai cinta.
Perihal jodoh ini telah dikongsikan pengguna laman sosial TikTok @ecacuwitcawer.
Baca juga Remy, Ezza Terima Hadiah Perkahwinan Dari Agong
Video berkenaan memaparkan sekitar majlis perkahwinan ibunya berusia 59 tahun dengan seorang pemuda berusia 22 tahun.
Gadis dikenali sebagai Eca turut mengucapkan selamat pengantin baru buat ibu dan bapa tirinya yang dipanggil Abie.
@ecacuwitcawerumur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita ☺️ moga mama & abie bahagia selalu. ##fyp##pengantinpkp##umurbukanpenghalang♬ MUHASABAH CINTA part2 - ????????
Dia turut mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.
“Umur bukan penghalang jika Allah sudah takdirkan itu bahagian kita. Moga Mama dan Abie bahagia selalu,” titip Eca.
Susulan perkongsian video berkenaan, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi dan komen.
Pun begitu, ada diantara netizen berkongsi kisah seakan sama bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda. Kata mereka, usia bukanlah penghalang asalkan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Perkahwinan jarak usia yang jauh bukanlah perkara asing. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, 39 tahun bertemu jodoh dengan isterinya Brigitte Trogneux, 64 tahun yang mana jarak usia mereka ialah 25 tahun.
Sumber: @ecacuwitcawer
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang