'Baby kali ini sangat kuat, tiada alahan'. Aisyah Hijanah kongsi kehamilan anak ketiga mudah, mohon doa proses kelahiran lancar

A
A
A

PEMPENGARUH dan usahawan Aisyah Hijanah semakin hampir dengan kelahiran anak ketiganya.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu berkongsi hantaran sedang berada di sebuah pusat perubatan dan menunggu waktu untuk bersalin.

Bersama suami, Alif Teega yang menemani, Aisyah mengungkapkan kelahiran anak ketiga ini menjadikan mereka lebih menghargai seolah-olah sedang menyambut anak pertama.

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Baca juga: 5 bulan hamil bayi dalam kandungan kecil dari usia, Aisyah Hijanah minta beri ruang. 'Doakan semuanya baik-baik'

"This time, its a tough journey. Tak pernah menjangka akan melalui fasa ini di dalam hidup ini. But Alhamdulillah hikmah yang cukup besar ALLAH berikan untuk Aisyah dan Alif.

"Proses kelahiran kali ini, kami berdua sangat sebak dan lebih menghargai antara satu sama lain. Setiap saat sangat berharga. All I can say is Subhanallah, it's like the first baby again," kongsi Aisyah.

Berbeza dengan dua kehamilan anaknya sebelum ini, usahawan berusia 26 tahun itu mengakui kali ini pengalamannya berbeza.

"Sewaktu melahirkan Khadeejah dulu, 10 hari awal daripada tarikh jangkaan. Hassan pula on time 23 September. This third baby, Aisyah memang tak rasa apa-apa.

"(Kelahiran) Khadeejah dan Hassan senang sikit sebab keluar darah, so terus pergi hospital. Baby nombor tiga ni, masya-ALLAH puaslah buat macam-macam. Jalan itik sudah, squat pun sudah. Last night, ada rasa contraction tapi tidak kuat semasa buat live di TikTok.

"Baby kali ini memang baby yang sangat kuat. Tiada alahan sedikit pun. Normal macam tak mengandung dari awal. Ingat lagi, siap panjat puncak Rawa. Aisyah selalu doa Ya ALLAH jadikan proses bersalin normal, tidak sakit dan bayi yang senang dijaga," tulis Aisyah.

Baca juga: 'Jangan hancurkan sebab amarah, lindungi hak.' Aisyah Hijanah pemilik 100% harta sepencarian dengan Alif Teega

Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

Berkongsi bukaan 3 sentimeter semasa tiba di hospital dan terus dimasukkan ke bilik bersalin. Aisyah bersyukur beliau tidak merasakan kesakitan.

"Alhamdulillah, doktor datang untuk proses bius epidural. Sewaktu Khadeejah, memang menggeletar teruk dan rasa gatal-gatal kaki.

"Manakala sewaktu bersalinkan Hassan pula efeknya sampai sesak nafas dan tekanan sangat rendah hingga rasa seperti hampir mati.

"Kali ini, menggigil dan dan rasa gatal sangat minimum. So far memang ALLAH memudahkan dan sangat smooth. Doakan agar bayi yang lahir ini sihat, cerdas, aktif dan kuat. Allahumma Aamiin," titip Aisyah.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.

Baru-baru ini, pasangan itu menjadi perhatian susulan tindakan Alif berkahwin kali kedua secara rahsia di Thailand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca