ISU poligami pempengaruh dan usahawan Aisyah Hijanah menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila dimadukan ketika sedang hamil lima bulan.

Dalam perkembangan terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi hantaran untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.

“First of all, saya berterima kasih buat semua yang ‘concern’ dan memberi kata-kata motivasi.

“Semoga dengan motivasi kalian, ALLAH memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua.

“Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik tetapi atas komitmen saya kepada syarikat saya, @hijanahofficial saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa.

“Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar,” titipnya.

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Paling menyentuh hati, si kecil dalam kandungan juga menerima impak daripada situasi yang berlaku dan berkemungkinan mengalami intrauterine growth restriction atau IUGR.

Janin dikatakan kecil daripada usianya.

“Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan.

“Insya-ALLAH saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat.

“Alhamdulillah semalam baru ‘detail scan’, dan bayi dalam keadaan yang baik tetapi agak kecil daripada umurnya,” ujarnya.

Baca juga: Influencer Aisyah Hijanah ucap syukur berjaya miliki kereta Porsche, harga hampir RM1 juta

Menurut Aisyah yang merupakan graduan graduan bidang psikologi, kontroversi melanda rumah tangga mendapat perhatian teman-teman yang prihatin akan keadaan dirinya.

“Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.

“Akhir kata, terima kasih atas motivasi dan kasih sayang semua.

“Saya sangat menghargai kalian, biarpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi yang diberikan sangat berguna untuk saya di masa akan datang.

“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan kita boleh teruskan hidup dengan lebih baik,” kongsi Aisyah.

Suaminya, Alif Teega pula dalam hantaran di Instagram memaklumkan dia dan Aisyah bahagia.

Iklan

Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

“Tidak dinamakan bahagia jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia.


“Bahagia itu adalah ‘rasa’ bukan ‘perisa’ yang direkacipta oleh manusia. Bahagia itu bukan pada paparan tapi pada hati. Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat dan tidak mampu disembunyi


“Jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia. Bukan bahagia yang dilihat orang,” katanya.

Ujar pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani itu menyifatkan orang sekeliling tidak dapat menyelami kebahagiaan mereka.

“Manusia sentiasa bercakap, menghukum daripada pandangan kasar mereka. Mereka tak mampu untuk menyelami hati dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh.

Iklan

“Tapi tidak pada kami, ALLAH jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh kerana takdir tertulis seperti itu. Alhamdulillah, kami bahagia,” kongsinya.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.

Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!