'Banyak berbakti kepada ibu, sangat pemurah.' Suami dedah pramugari meninggal dunia di Jepun sentiasa ingatkan tentang kematian
PEMERGIAN pramugari Malaysia Airlines (MAS), Norzana Hanim Hamzah, 49, di Jepun menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Meninggal dunia ketika sedang bertugas dan transit di Tokyo pada 20 Mei, lebih memilukan kru penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia itu tidak sempat pulang ke tanah air.
Suami Allahyarham, Rudy Tarmizi, 42, berkata, Norzana isteri dan anak yang baik serta memiliki sifat pemurah.
Baca juga: Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi
Baca juga: Syurga di bawah telapak kaki ibu… Berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan
Mengenang momen akhir, Rudy berkata wanita itu banyak berkongsi tentang kematian.
“Antara perbualan dan pesanan terakhir arwah adalah dia banyak berpesan mengenai kehidupan.
"Katanya, dalam hidup kena banyak sabar, susah macam mana pun kena bekerja keras dan jimat cermat. Malah, dia juga sentiasa ingatkan mengenai kematian.
“Seperkara lagi, sehingga hujung nyawanya isteri banyak berbakti kepada ibunya yang tak sihat. Pendek kata, dia banyak berkorban masa untuk ibunya," kata Rudy.
Rudy berkata, sepanjang tempoh 15 tahun bergelar suami isteri Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang sangat membantu, memiliki sifat dermawan selain pekerja berdedikasi.
Katanya, wanita itu sudah berkhidmat dengan MAS selama 28 tahun.
“Allahyarham seorang yang sangat supportive. Beliau juga berdedikasi dan setia dalam sejak mula berkhidmat dari 1996 sehingga hari terakhirnya. Boleh dikatakan antara pekerja cemerlang.
“Dalam keluarga arwah sangat pemurah dan tidak berkira. Apa ilmu yang ada beliau akan ajar. Malah arwah juga tidak lekang dengan senyuman dan ceria. Arwah juga seorang yang sangat teliti dan teratur,” katanya.
Dalam pada itu, Rudy menzahirkan kesyukuran pengurusan jenazah isterinya berjalan dengan baik dan selamat disempurnakan.
“Alhamdulillah, proses pengurusan di Narita sehingga tiba di sini semalam dipermudahkan ALLAH. Ramai yang mendoakan dan memberikan penghormatan terakhir buatnya,” katanya kepada portal berita tempatan.
Rudy turut berterima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, MAS dan semua pihak yang membantu menguruskan perjalanan akhir isterinya.
Jenazah Norzana yang tiba di tanah air dibawa ke kediaman keluarganya di Batu 9, Hulu Langat dan disembahyangkan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka.
Takziah buat keluarganya, al-Fatihah.
Sumber: Buletin TV3 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang