Berjalan ke sekolah sejauh 2 km walau ada satu kaki. Ini kisah remaja 14 tahun
PERNAHKAH anda melihat seorang pelajar sanggup berjalan ke sekolah sejauh 2 kilometer (km) walau miliki satu kaki?
Mungkin di Malaysia, belum ada sebarang cerita mengenainya, tetapi di Handwara, India, seorang pelajar kurang upaya, Parvaiz, 14, berbuat demikian hampir setiap hari.
Menurut laporan ANI, kebakaran besar yang berlaku menyebabkan Parvaiz kehilangan kaki kirinya pada usia yang sangat muda.
Keadaannya itu tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk meneruskan pembelajaran akademik dan aktiviti kokurikulumnya di Sekolah Menengah Kerajaan di Nowgam.
#WATCH| Specially-abled boy walks to school on one leg to pursue his dreams in J&K's Handwara. He has to cover a distance of 2km while balancing on a one leg
Roads are not good. If I get an artificial limb,I can walk. I have a dream to achieve something in my life, Parvaiz said pic.twitter.com/yan7KC0Yd3
— ANI (@ANI) ?ref_src=twsrc%5Etfw">June 3, 2022
Parvaiz dikatakan menempuh kira-kira 2km perjalanan ke sekolah.
Beliau terpaksa mengimbangi sebelah kaki kerana jalan raya yang tidak elok.
Sebelum itu, Plarvaiz tular di media sosial selepas dilihat memakai uniform sekolah, lengkap dengan menyandang beg pada bahunya.
Video berkenaan telah mendapat perhatian Pengerusi Jaipur Foot USA, Prem Bhandari yang berhasrat untuk memberi anggota palsu percuma kepada Parvaiz.
Difahamkan, walaupun telah menerima bantuan kerusi roda dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi keadaan jalan kampungnya yang agak teruk menyebabkan ia tidak pernah digunakan.
Seperkara, meskipun keadaannya yang serba kekurangan, beliau gemar dengan permainan kriket, bola tampar dan kabaddi.
"Walaupun saya berasa sedikit rendah diri melihat rakan-rakan boleh berjalan dengan normal, tetapi saya bersyukur kerana ALLAH SWT memberikan saya kekuatan.
“Saya berharap kerajaan dapat memberi anggota palsu yang sesuai atau apa jua pengangkutan yang memudahkan saya untuk ke sekolah dan tempat lain,” luahnya yang berhasrat untuk menjadi seorang doktor.
Dengan nada sayu, remaja tabah itu memberitahu, ayahnya terpaksa membayar sejumlah wang yang besar di hospital untuk membiayai kos pembedahan pemotongan kakinya.
Malah, ayah beliau juga terpaksa menjual harta untuk kos rawatan beliau.
Media ANI turut menemu bual guru sekolah Parvaiz iaitu Ghulam Mohd.
Ghulam mengatakan, anak didiknya seorang yang rajin, pandai dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
"Saya sangat memuji usahanya dan beliau sememangnya sangat berbakat," katanya.
Diharapkan kegigihan dan ketabahan Parvaiz menimba ilmu menyuntik semangat buat semua.
Apa yang penting, sentiasa berusaha sehingga penghujungnya supaya segala usaha membuahkan hasil.
Baca juga Inspirasi kisah Che Aminah, Renjana ketengah perjuangan sebenar wanita
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang