Tawar percutian, umrah ziarah dengan harga mampu beli, teruskan tradisi cabutan bertuah dalam hargai pelanggan setia

No Image Caption
A
A
A

BUKAN sekadar menawarkan pengalaman ibadah yang selesa dan berkualiti kepada para pelanggannya, namun Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd baru-baru ini menganjurkan majlis Tea, Treats & Treasures.

Ini bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang membuat pendaftaran pakej bermula Jun hingga Oktober lalu. Lebih 30 orang ahli berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM15,000.

Menurut pegawai Operasi Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd., Mohammad Adam Jalalel Din, majlis cabutan bertuah tersebut adalah kali kedua dianjurkan syarikat berkenaan.

No Image Caption

“Jika sebelum ini kami mengadakan cabutan bertuah secara dalam talian, namun untuk kali ini ia buat secara bersemuka. Alhamdulilah,sambutan amat baik daripada pelanggan yang mana hampir 1,000 orang yang mendaftar dari Jun hingga Oktober lalu.

“Kali pertama dulu nilai hadiah sekitar dalam RM5,000 ke RM7,000 sahaja. Kali kedua ini sebanyak 30 hadiah disediakan melibatkan bajet RM15,000 dimana pemenang utama telah membawa pulang gold bar manakala hadiah kedua berupa sebuah `bag air wheel’.

“Kami beri sedikit saguhati begini bagi menghargai pelanggan dan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak Nuh Travel dengan pelanggan. Selalunya kami berurusan secara dalam talian dan tak pernah berjumpa. Secara tidak langsung majlis sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami,” katanya.

No Image Caption

Malah, beliau turut menambah, cabutan bertuah bakal diadakan buat kali ketiga pada Mei 2025 untuk peserta yang berdaftar dari November 2024 hingga April 2025.

“Kami pilih bulan Mei sebab menunggu pendaftaran baru masa MATTA Fair nanti pada bulan April tahun depan. Sesiapa yang membuat pendaftaran berbayar layak menyertai cabutan bertuah ketiga, sebanyak 30 hadiah ditawarkan dengan nilainya antara RM20,000 hinggga ke RM30,000.

"Hadiah utama dan kedua berpeluang mendapat pakej umrah dan pakej pelancongan ke Turki secara percuma. Manakala 28 hadiah sampingan lain turut disediakan,”ujarnya.

No Image Caption



Creating moments

Dalam masa sama, pihaknya turut menyasarkan seramai 6,000 peserta yang mana 4,500 untuk penerbangan lawatan (tour) dan 1,500 pula untuk peserta umrah.

Beliau turut berkongsi tentang hubungan kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia serta Dubai Tourism yang dimeterai Ogos lalu.

Untuk rekod, Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. yang memulakan operasi pada tahun 2019 bakal memulakan penerbangan umrah pertamanya pada 2 November ini menerusi Pakej Umrah Ziarah Dubai bersama penerbangan Emirates turut disertai 30 orang jemaah bersama Imam Muda Hassan.

"Untuk penerbangan kedua bersama Saudia pula pada 6 Disember pula iaitu Pakej Umrah Ziarah Turki bersama Imam Muda Hassan juga. Kami juga bakal memperkenalkan Pakej Umrah Ziarah Switzerland tahun hadapan,"ujar Adam lagi.

Sejajar dengan tagline syarikat `Creating Moments’, pihaknya mahu mencipta detik terindah bagi setiap pelanggan-pelanggan untuk menikmati percutian atau umrah ziarah yang berkualiti dengan harga pada mampu beli.

“Dengan pengukuhan mata wang, kenaikan gaji dan inisiatif tambahan daripada kerajaan, saya nampak ini memberi impak positif pada industri pelancongan.

"Saya lihat ramai yang melancong ke luar negara walaupun yang dekat-dekat sekitar Jakarta- Bandung. Begitu juga ke Guangzhou, China, saya nampak permintaan itu sentiasa ada berbanding tahun sebelum itu dan pada pertengahan 2023,"ungkapnya.

No Image Caption

Sekadar makluman, Nuh Travels & Tours Sdn Bhd yang beroperasi di Damansara Perdana bakal membuka cawangan baru di seluruh negeri dengan cawangan pertama akan dibuka di Johor Baharu pada 9 November ini termasuk cawangan di Simpang Renggam tidak lama lagi. Diikuti Kelantan dan Pulau Pinang termasuk cawangan-cawangan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa tiga hingga lima tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang