Tambat hati keluarga dengan hidangan India asli, raikan Deepavali setahun sekali di hotel
SELAMAT Hari Deepavali! Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Apa kata kita sambung merayakan keindahan Deepavali dengan pengalaman gastronomi yang luar biasa bersama keluarga? Jika semalam kita sudah menikmati hidangan di rumah, kini tiba masanya untuk merasai keajaiban makan di hotel dengan sentuhan istimewa!
SinarPlus telah menemukan lokasi sempurna untuk anda di Sunset Terrace dekat Sunway Resort Hotel! Di sini, anda akan merasai hidangan India yang bukan sahaja mewah tetapi juga sangat autentik!
Pakar dalam masakan India, Chef Devendra Singh dengan pengalaman memasak selama 25 tahun akan membawa anda merasai pelbagai citarasa dari utara hingga selatan India. Beliau yang berasal dari Uttarakhand, negeri yang indah di kaki Himalaya, hanya untuk menyajikan hidangan terbaik.
Antara pilihan menarik yang menanti adalah kambing cili masala yang dimasak perlahan dalam aroma rempah yang berkualiti. Seterusnya, sayuran kolhapuri yang segar, dan dhall makhari yang kaya dengan rasa. Tidak ketinggalan juga kari ikan Malabar, yang menggunakan ikan tenggiri Sepanyol yang amat menyelerakan! Pastikan anda turut mencuba Ayam 65 yang terkenal dengan rasa pedas dan krispy!
Pengunjung juga boleh menikmatinya bersama nasi asam jawa, navarata biryani dum atau naan yang lembut, membuat pengalaman makan anda lebih sempurna. Dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba halwa lobak merah, Gulab Jamun, dan Rashgulla sebagai pencuci mulut!
Tapi tunggu, ada lebih yang menarik! Di lobi hotel, terdapat perhiasan seni rakyat India yang menakjubkan, iaitu Rangoli! Reka bentuk yang indah ini dihasilkan dengan menggunakan 30 kilogram plastik terbuang yang ditukarkan menjadi seni. Memang sesuatu yang menakjubkan untuk dilihat.
Sebagai rumusan, Sunset Terrace di Sunway Resort Hotel adalah tempat yang tidak boleh anda lepaskan untuk merasai hidangan India dan tentu saja anda akan raihkan ia penuh bermakna bersama keluarga!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang