'Cantik macam mummy.' Birthday Aaisyah 10 tahun, Che Ta throwback momen bersalin. Foto pertama dua beranak jadi perhatian

No Image Caption
A
A
A

KALAU namanya anak Rozita Che Wan, memang pandai bergaya dan cantik! Keletah dan ceria persis ibu, pejam celik tak sangka si bongsu Aaisyah Dhia Rana sudah menginjak 10 tahun.

Kian membesar, Aaisyah bertuah kerana mewarisi gen cantik daripada ibu dan bapa, aktor Zain Saidin.

Memuat naik foto usai bersalinkan anak bongsunya, Rozita yang mesra yang disapa Che Ta sempat throwback momen bermakna beliau yang ditunggu-tunggu selama 17 tahun.

No Image Caption

Pernah tular kerana kekal cantik selepas bersalinkan Aaisyah, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu sempat berkongsi situasi sebenar.

Segalanya adalah kerana keterujaan Che Ta untuk menyambut bayi Aaisyah yang dinanti-nantikan ketika itu.

"10 years ago, kecil ja budak ni, 2.6 kilogram. Aaisyah Dhia Rana now dah big girl.

"Kita pula pada hari due (bersalin) selepas Subuh jurusolek Amy Janz sudah datang ke rumah. Solekkan dan merias rambut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Excited lah juga. Selepas 17 tahun baru ada anak kecil lagi. Sudah tahu bakal sambut anak perempuan,"

"Tak kisahlah orang nak kata apa, nak teran bayi pun nak lawa-lawa

"Bila sudah besar melawa awak. Nak pergi mana pun, tetap!

Gambar manis Che Ta selepas bersalin yang pernah viral itu menjadi inspirasi golongan Hawa.

Masakan tidak, selepas momen genting meneran ketika bersalin, Che Ta maintain lawa di samping Aaisyah yang baru dilahirkan.

No Image Caption

Che Ta juga mendedahkan mengambil suntikan penahan sakit epidural yang membantu melancarkan kelahiran.

"Gambar ni Ayu Raudhah yang snap ketika adik-beradik beramai-ramai melawat selepas saya beranak.

"Kita pula ambil epidural so muka boleh senyumlah, tak sakit," kongsinya.

Para peminat mengakui kecomelan Aaisyah dan betapa cantiknya Che Ta biarpun baharu sahaja melahirkan.

No Image Caption

"Segak dua-dua."

"Alahai Aaisyah, lahir-lahir pun dah cantik. Hidung mancung terletak.Cantik macam mummy"

"Makhluk tuhan paling cantik lepas bersalin. Happy birthday Aaisyah."

"Che Ta tak ada sembab-sembab muka, cantik jer. Sis dulu hari bersalin dah macam ikan paus."

"You are so blessed my beautiful sister and Asisyah is a carbon copy of mummy. Happy birthday princess."

"Happy birthday Aaisyah! Gambar ni viral tau. Lepas tu semua nak jadi cantik macam Che Ta lepas beranak."

Sekadar info, Che Ta dan Zain bernikah ada 13 Disember 2013. Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan Aaisyah di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Pelakon drama berantai Diari Ramadhan Rafique dan Kak Marr itu terdahulu memiliki dua cahaya mata lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Aaisyah antara salah seorang anak selebriti popular yang sering mendapat tumpuan peminat dan warga maya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang