Di mana Aliah Qistina? Gadis 16 tahun hilang, ibu kongsi peristiwa aneh malam kejadian
DI MANA Aliah Qistina Budiyanto, gadis berusia 16 tahun bulan yang hilang di Taman Maju Jasin, Jasin Melaka? Keberadaannya menimbulkan tanda tanya, malah sehingga kini remaja itu belum ditemui.
Sedih dan rawan hati, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 41, tidak dapat dibendung lagi. Kehilangan anak sulungnya selepas kali terakhir dilihat di rumah pada 17 Mac lalu menimbulkan rasa bimbang.
Menerusi laman sosial, Noor Fatimahtul merayu agar orang ramai yang melihat Aliah Qistina agar menghubunginya segera.
Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui
Menggunakan tanda pagar #HelpUsFindQistina, Noor Fatimahtul menerusi laman sosial dalam sebak merayu bantuan orang ramai mengesan anak sulungnya itu.
Berikut kronologi kehilangan gadis itu:
1-Aliah Qistina hilang pada tengah malam 17 Mac lalu.
2-Dalam lebih kurang 11 malam, Noor Fatimahtul berempat bersama Aliah Qistina dan anak keduanya, Adriana Ahmad Danny, 7, dan ibu mertuanya menonton televisyen di ruang tamu.
3-Adriana ke dapur untuk minum air. Kanak-kanak itu mendakwa telah mendengar pintu dapur diketuk beberapa kali dengan kuat.
4-Adriana telah memberitahu Noor Fatimahtul kejadian itu dan neneknya mengarahkan Aliah Qistina menghidupkan semua lampu termasuk lampu di luar rumah. Tanpa perlu membuka pintu, Aliah Qistina dengan ketinggian 158 sentimeter menjenguk ke arah tingkap untuk meninjau tanpa membukanya.
Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang
5-Selepas itu, beliau kembali ke ruang tamu dan memberitahu tiada sesiapa di belakang dapur rumah.
6-Mereka menyambung menonton televisyen sebelum Noor Fatimahtul, ibunya dan Adriana berasa sangat mengantuk sedangkan mereka sedang menonton rancangan yang lucu.
7-Noor Fatimahtul tertidur seketika. Ketika terjaga televisyen masih terpasang.
8-Adriana mencari Aliah Qistina untuk bertanya sama ada kakaknya masih mahu menonton televisyen. Namun diberitahu pelajar Tingkatan Empat itu sedang menukar baju kerana pendingin hawa yang agak sejuk.
9-NOOR FATIMAHTUL KEMUDIAN TERLELAP LAGI NAMUN KALI INI AGAK LAMA. APABILA TERJAGA, BELIAU TERCIUM BAU MINYAK WANGI YANG SANGAT PEKAT.
10-Ibu berkenaan membuka pintu antara ruang tamu dan dapur mendapati pintu dapur rumah mereka terbuka luas.
Baca juga: Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang
11-Angin bertiup kuat dan bau wangi itu menusuk hidung. Kata Noor Fatimahtul wangian itu miliknya tetapi beliau tidak menjumpai botolnya.
12-Noor Fatimahtul berlari ke bahagian hadapan rumah dan mendapati pintu utama kediamannya hanya dirapatkan, tidak dikunci mahupun diselak.
13-Ibu itu ke bilik tidur Aliah Qistina namun tidak menemuinya. Baju tidur yang dipakai ditemui di tepi katil.
14-Wanita itu mengejutkan suaminya dan memberitahu perihal anak mereka yang sudah tiada di rumah.
15-Mereka sekeluarga keluar mencari Aliah Qistina dan meminta bantuan polis peronda.
16-Keesokannya laporan orang hilang dibuat dan pencarian dilakukan dibuat setiap hari namun Aliah Qistina tidak dapat dikesan.
17-Tidak hanya itu, Noor Fatimahtul turut berikhtiar dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan bantuan perawat Islam, mengadakan bacaan Yassin dan doa di masjid.
18-Rakan-rakan Aliah Qistina juga turut mengikuti mereka dalam usaha mengesan keberadaan remaja itu.
19-Menerusi hantaran di laman sosial, ibu itu mengesyaki anaknya telah diculik lelaki berbangsa Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an.
20-Setiap hari beliau dan suami akan ke sekitar Jasin untuk mengedar serta menampal poster gambar anak.
Baca juga: Syukur! Remaja lelaki hilang di Cheras kini dijumpai di Kedah, ini kejadiannya
TANPA ALIAH QISTINA RAMADAN TIDAK CERIA
Hati ibu itu tidak dapat menahan sebak menitiskan air mata ketika perkongsiannya di laman sosial baru-baru ini.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini, Noor Fatimahtul sayu teringatkan sajian kegemaran anaknya itu.
"JIKA SEBELUM INI SAYA AKAN MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN ALIAH QISTINA IAITU ASAM LAKSA DAN DAGING MASAK KICAP SEBAGAI JUADAH BERBUKA, NAMUN SETIAP KALI JUADAH ITU TERLINTAS DIFIKIRAN DAN AIR MATA MENGALIR.
"Saya tak dapat bayangkan macam mana keadaan anak saya, kalau dia berpuasa di mana dan macam mana, makan apa, semua menjadi persoalan.
"Sekarang ini nak tengok barang-barang miliknya pun saya tak kuat. Saya harap orang ramai dapat membantu mencari anak saya dan menyalurkan maklumat kalau ada melihatnya," tuturnya.
Malah beliau bersedih apabila ada segelintir yang membuat spekulasi dan menganggap kehilangan anaknya itu kerana lari mengikut teman lelaki.
"SAYA IBUNYA DAN SAYA LEBIH MENGENALI ANAK SAYA, DIA BUKAN SUKA KELUAR RUMAH DAN AKAN KELUAR RUMAH BILA ADA KEPERLUAN SAHAJA," KATANYA LAGI.
Berat mata memandang, berat lagi bagu yang memikul. Kepada yang melihat remaja ini atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan Aliah Qistina bolehlah menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi Noor Fatimahtul Zaharah ditalian 011-27099060.
Pakaian terakhirnya ialah baju berbelang hitam, berseluar biru gelap.
Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan
Sumber: Laman sosial Noor Fatimahtul Zaharah, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang