Dulu jurutera kini ke dapur, Youtube Che Nom raih 1 juta pengikut
ZAMAN serba canggih ini, jika mahu masak macam-macam resipi hanya klik di hujung jari.
Bagi mama-mama moden, SinarPlus sangat percaya korang pasti sudah terbiasa dengan nama Che Nom kan?
Memang ramai yang minat masak dan mencuba resepi baru wanita yang bersuara lembut ini.
Jika disebut nama Norma Bakar mungkin ada yang tak kenal, tapi kalau dengan gelaran Che Nom memang pasti ramai yang teruja.
Che Nom dikenali juga 'mak online' kerana beliau ibarat seorang mak yang mengajar masak di Youtube.
Jika 'search' sahaja resipi masakan melayu di Youtube mahupun blog, pasti channel/blog beliau antara carian teratas.
Apa yang amat menggembirakan beliau, kini pengikut (followers) di Youtube miliknya itu sudah mencapai 1 juta.
Che Nom tampil berkongsi berita itu di laman Twitternya semalam dan berharap mendapatkan Gold Play Button (Youtube channel dengan 1M subscribers) dari Youtube secepatnya.
"Alhamdulillah. Dah 1 million! Terima kasih semua pada support."@GoogleMsia please wrap my gold play button nicely ya. Thanks in advance," tulisnya.
Perkongsiannya itu dihujani kata-kata semangat daripada pengikutnya dan mereka mendoakan kejayaan Che Nom.
Che Nom yang berusia 39 tahun sudah bergiat aktif di Youtube sejak tahun 2012 tekad bersara awal daripada profesionnya sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan menjadi Youtuber secara sepenuh masa.
Minatnya juga diberi sokongan kuat oleh suami malah turut menjadi tulang belakang di sebalik pembikinan video-video masak Che Nom.
Hanya bermula sekadar suka-suka dan minat, kini Che Nom menjadikan Youtube sebagai sumber pendapatan utamanya.
Sebelum ini beliau turut berkongsi pendapatan yang diperolehnya hasil daripada satu video yang pernah dimuat naik pada dua tahun yang lepas.
Che Nom berkata dia agak terkejut apabila video resepi ayam masak butter yang dimuat naik pada Julai 2019 memperoleh pendapatan yang agak tinggi iaitu RM7,762.
Baca juga [VIDEO]’Prank’ pesanan makanan ke tempat perkuburan, janganlah aniaya rider
Semoga semakin berjaya Che Nom dan teruskan menjadi inspirasi buat yang bercita-cita ingin mengikuti jejak Che Nom.
Sumber: Saiful Nang Academy
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang