'Iman' didera berlubang belakang, jiran dengar raungan sejak 2 minggu lepas, berikut 15 info kes
VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Iman, 7, meruntun hati warga maya. Tidak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung, ramai meluahkan simpati.
Dua klip video yang masing-masing berdurasi 24 saat dan 32 saat di muat naik di laman twitter Cikgu Suraya pada 6.02 baru-baru ini menjadi tular.
Video pertama yang memaparkan beberapa individu dipercayai jiran-jiran di kawasan perumahan di bandar Layang Kasa, Pasir Gudang, Johor berkumpul di hadapan rumah meminta agar kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar.
Manakala video seterusnya berdurasi 32 saat pula memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan dipercayai akibat didera.
Kedua-dua video berkenaan turut tular di laman Facebook Layangkasa itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Berikut 15 info berkaitan insiden menyayat hati:
1-Ibu kanak-kanak berkenaan berusia 27 tahun yang merupakan warga tempatan diberkas bersama wanita warga asing berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung berkenaan.
2-Dalam tangkapan, polis turut merampas dua batang rotan.
3-Ibu mangsa yang juga seorang suri rumah kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama enam hari mulai 12 Ogos hingga 17 Ogos.
4-Manakala wanita warga asing yang bekerja sebagai juruteknik kilang dan tinggal bersama di rumah berkenaan pula ditahan selama tujuh hari mulai 12 Ogos hingga 18 Ogos 2023 untuk siasatan lanjut.
5-Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua puluh tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
6-Beberapa jiran mendakwa lebih kerap mendengar tangisan dan raungan Iman dipercayai akibat dimarah dan dipukul, sejak dua minggu lalu.
7-Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata jiran sekeliling mula mendengar dua wanita tersebut memarahi mangsa pada 30 Jun lalu selepas dipercayai 'terlepas' keluar bermain di luar kawasan rumah.
8-Dia yang tinggal berhadapan rumah mangsa berkata selepas kejadian itu, mereka kerap terdengar suara jeritan dan tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul, sejak ibu mangsa dan rakannya menyewa di situ sejak April tahun ini.
9-Menurutnya, pergaulan Iman dengan kanak-kanak lain termasuk anaknya juga agak terbatas. Mangsa hanya bermain di dalam kawasan rumahnya dan sering ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu dipercayai pergi bekerja di Singapura.
10-Jiran-jiran pada awalnya menganggap perkara biasa anak dimarahi ibu bapa namun apabila semakin kerap mendengar raungan terlalu kuat, persatuan kejiranan bersepakat untuk melakukan sesuatu dan bersemuka dengan 'pasangan' tersebut.
11-Seorang lagi jiran, Firdaus B. Abu Hassan, 30, berkata ketika penduduk menyerbu rumah tersebut, kedua-dua mereka telah menafikan melakukan penderaan ke atas mangsa dan turut meninggikan suara dan menegaskan tindakan mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak tersebut.
Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu
12-Bagaimanapun setelah ditanya dan disoal ramai jiran, yang mendapati banyak kesan lebam, calar dan seolah-olah melecur pada anggota badan mangsa, seorang daripada wanita itu terus meminta maaf.
13-Jiran-jiran yang telah menghubungi pihak polis bersyukur mangsa dapat diselamatkan.
14-Terdahuku, isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bertitah kes penderaan kanak-kanak masih lagi menjadi isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.
15-Titah Che Puan Besar Khaleeda, kes penderaan kanak-kanak masih lagi menjadi isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.
Baginda berkata kesedaran tentang penderaan kanak-kanak perlu ditingkatkan melalui usaha yang berterusan.
Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin Nisa Ismail berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan penilaian untuk memastikan waris itu layak menjaga mangsa.
"Kanak-kanak itu sebelum ini dijaga datuk dan neneknya di Kedah sebelum berpindah ke Johor mengikut ibunya setahun lalu.
"Kanak-kanak itu kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru," katanya.
Baca juga: “Sepatutnya saya pertahankan Adik” Ibu angkat kanak-kanak malang mati didera menyesal
Kredit foto utama: Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang