Jurutera drama vs Jurutera realiti, Aeril Zafrel jadi bahan contoh warganet

A
A
A

SEMALAM, kecoh di laman Twitter apabila pelakon Aeril Zafrel memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya menunjukkan dia di sebuah tapak pembinaan.

Foto tersebut memaparkan Aeril lengkap berpakaian kemas watak seorang jurutera.

"Walaupun negara Malaysia panas. Daniel tetap berpakaian begini bila melawat site... Biasalah drama melayu. #terciptasatuikatan" tulisnya.

Lagi menambah kehangatan itu apabila seorang pengguna yang bernama Nazri @_NazriH turut memuat naik foto ketika dia bekerja di tapak pembinaan.

Dia hanya menunjukkan bagaimana realiti pemakaiannya yang juga seorang jurutera sewaktu menjalankan 'site visit'.

Artikel berkaitan: Lelaki kongsi pertemuan petai gergasi XXXL, warganet bimbang dengan bau ‘dahsyat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan Nazri dan ada juga yang menunjukkan pakaian masing-masing sewaktu kerja seorang jurutera.

Kata mereka;

Hahahah betullah tu. Hari tu cikgu aku buat lawatan kelas pergi site pastu aku mencari engineer datang pakai lengkap semua tu tapi takda huhu.

Site proper kita dressup proper kalau site biasa janji pakai boot je.

Engineer or not, but safety first.

Ni baru realiti... kekadang tak dapat nak beza mana engineer mana general worker... dressup lebih kurang je.

Betul. Hahahha reality tu betul sangat.

Biasa engineer banyak fikirkan kerja dia je. Yang penting safety boot wajib kena pakai.

Jadi, tidak kiralah bagaimana pemakaian seseorang jurutera itu, yang penting utamakan keselamatan dan bekerja dengan tekun dan rajin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca