Kemeja batik Ismail Sabri jadi kuih-muih

A
A
A

SEBELUM ini penampilan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian apabila tampil dalam persalinan kemeja batik moden kontemporari yang tampak kasual dan santai.

Pemilihan kemeja warna terang itu dipakai ketika beliau mengadakan sidang akhbar mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, baru-baru ini penampilan Ismail Sabri sekali lagi menarik perhatian  susulan kreativiti warga net menyamakan corak baju beliau dengan rupa manisan.

Antaranya, kek lapis Sarawak, kuih seri muka Peranakan, puding, jus avocado coklat dan aiskrim vanila oreo.

ismail sabriFOTO kolaj kreativiti warga net yang menyamakan kemeja batik Ismail Sabri dengan pemanis mulut.

Ismail Sabri sebelum ini pernah menjelaskan bahawa kemeja batik menjadi pilihan kerana bertugas pada hujung minggu.

Pada masa sama, beliau ingin memartabat dan mempromosikan batik Malaysia.

“Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kuih-muih.

“Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pula,” jelas beliau menerusi laman sosial Instagram @ismailsabri60.

Artikel berkaitanWarga net puji baju batik kontemporari Ismail Sabri

Dalam pada itu, bapa kepada Dafi bekas peserta AF5 (Akademi Fantasia 5) tersebut turut menzahirkan terima kasih kepada warga net kerana berjaya menghiburkan beliau dan majoriti rakyat Malaysia.

“Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya,” katanya berseleroh yang mendapat lebih 14,000 jumlah tanda suka dan 904 komen.

Selain warga net, para selebriti juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dalam Instagram beliau.

Antaranya pelakon jelita Rozita Che Wan @rozitachewan1 yang menulis: “Depa nampak baju ni time puasa tu yang terbayangkan kuih segala bagai.”

Bahkan, pereka fesyen popular tempatan, Datuk Jovian Mandagie yang merupakan menantu kepada Ismail Sabri turut memuat naik koleksi foto yang sama.

“Lapar sangat ye kamu semua? Lihat ini pa (papa) @ismailsabri60,” coretnya yang disertai emoji ketawa menerusi laman sosial Instagramnya baru -baru ini.

Foto: @ismailsabri60, butterkicap

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca