'Kenapa perlu lelaki kalau boleh hidup sendiri?’ Moto hidup Farah Lee 5 tahun lalu sebelum hati dicuri Fuad Hashim
PERKAHWINAN personaliti media sosial, Farah Lee menjadi perhatian ramai selepas menamatkan zaman solo baru-baru ini.
Tanpa sebarang gosip, sukarelawan berkelulusan Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak itu kembali bergelar isteri kepada jurulatih horseriding, Mohammad Fuad Hashim, 33.
Bukan itu sahaja, keunikan majlis akad nikah dan resepsi beliau juga menjadi inspirasi. Rare sangat!
Perkongsian video dan foto majlis tertutup yang berlangsung di Laman Warisan, Lembah Bidong, Terengganu itu tular di laman sosial.
Malah, dalam majlis itu, pemilik nama Nurfarahin Romli, 34, dan suaminya yang mengenakan persalinan putih dan menjadikan kasut sneaker sebagai pelengkap gaya mengundang perhatian ramai.
Baca juga: 'Done kahwin lagi sekali.' Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri
Menerusi hantaran terbaharu itu, kelihatan pasangan pengantin hadir dengan menunggang kuda. Tidak hanya Farah dan suami, anaknya, Maream Esabel turut sama menunggang kuda berwarna putih.
Video dan foto majlis resepsi graduan sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Leeds, United Kingdom itu turut dikongsikan pada jemputan yang terdiri daripada rakan dan kenalan pasangan mempelai.
Ramai yang turut berkongsi ucapan buat pasangan raja sehari itu. Antara yang meraih perhatian adalah perkongsian rakan Farah, Dr Izyan Jamain.
Menurut beliau, ibu kepada cahaya mata perempuan itu sebelum ini terkenal dengan sifat berdikari serta bijak.
Bahkan, beliau terdahulu berpegang kepada prinsip ibu tunggal mampu menempuh cabaran sendiri tanpa lelaki.
"Buat apa nak ada laki kalau kita boleh hidup sendiri? Itulah moto hidup dia (Farah) lima tahun lalu."Sekarang moto menjadi motosikal. Pengerusi Single Mom Semalaya sudah melepaskan takhta nya. Hmm, nampaknya I sudah boleh take over takhta dia ke ni?"titipnya menerusi akaun Instagram Totin Jamain.
Majlis unik tanpa wedding planner, hanya bantuan rakan-rakan
Selain itu, Farah juga gemar melakukan sesuatu yang unik. Majlisnya yang walaupun ringkas, namun tetap meriah dengan kehadiran para jemputan.
Tiada pelamin seperti kelaziman, sebuah buaian dihias cantik menjadi lokasi pengantin baharu bersanding dan merakamkan foto bersama para tetamu.
Lebih istimewa lagi, pelbagai menu makanan dan minuman dihidangkan secara bufet dalam majlis hi-tea itu.
Baca juga: Dipaksa pinjam RM40,000 demi majlis kahwin gah, wanita sedih lihat suami tungkus lumus bayar hutang
Baca juga: ‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ Dedah cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian
Majlis berkenaan tidak hanya mendapat sentuhan sendiri, Farah menerusi Insta Story menjelaskan rakan-rakannya banyak membantu menjayakannya.
"Lambaian terakhir kepada jejaka-jejaka yang kecewa dengan berita perkahwinan saya.
"Horseback entrance for our intimate wedding hi-tea. More photos soon insya-ALLAH.
"E-card tu I design and edit sendiri tau, cool kan? Haha," ujarnya yang memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekaninal dari Inha University, Korea Selatan.
Untuk rekod, Farah pernah mendirikan rumah tangga dnegan pengacara televisyen, Ally Iskandar pada Januari 2012 dan berpisah pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang