Kronologi kejadian pensyarah perlekeh pelajar B40 tidak miliki laptop, Naib Canselor kongsi cerita sebenar

A
A
A

ISU berkaitan pensyarah berpangkat profesor, komputer riba dan pelajar dari keluarga B40 menjadi perhatian ramai.

Kekecohan yang berlaku mendapat perhatian daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Dalam sidang media berkenaan, Dr Roziah menjelaskan kronologi kejadian yang tular itu.

1- “Insiden berkenaan berlaku pada semester lepas. Bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam,” katanya.

Baca juga: 8 Tip Beli Laptop Terpakai Pelajar Universiti, Lebih Murah Sesuai Bajet

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor

3- Dr Roziah memaklumkan tindakan akan diambil terhadap pensyarah berkenaan. Dalam masa yang sama, katanya UiTM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja atau tidak.

4- “Sebenarnya pensyarah UiTM sentiasa mahukan yang terbaik untuk para pelajar dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya menerusi saluran YouTube rasmi.

5- Dalam pada itu, Dr Roziah menjelaskan pensyarah wanita menjalankan tugas dengan baik. Dia mungkin melakukan sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

6- Menurut Dr Roziah, pensyarah berkenaan dikatakan berstatus kontrak.

7- Dr Roziah mengesahkan pensyarah berkenaan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak.

8- Difahamkan UiTM telah mengesan pelajar terbabit dan memberikan peralatan yang diperlukan iaitu komputer riba.

9- Dr Roziah turut mengulas kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti. Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM.

10- "UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni," katanya.

11- Sehubungan itu, Dr Roziah para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran

12- Menurutnya lagi, dalam merealisasikan keberkesanan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang terbaik, semua pihak perlu berganding bahu dari semua aspek.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat itu berlegar di laman sosial memaparkan seorang pensyarah wanita kerana tidak mempunyai komputer riba.

Dia turut meminta kakak pelajar berkenaan menjual gelang emas untuk membelinya komputer peribadi.

Kata-katanya mengguris hati warga maya terutamanya golongan B40.

Baca juga: Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca