Momen salam raya pemuda keturunan Cina dengan ibu susuan bikin sebak, rupanya dijaga sejak bayi. 'Terima kasih Mak'

A
A
A

SEBAK dan meruntun hati, momen sesi bermaafan dan bersalaman sempena Aidilfitri seorang pemuda baru-baru ini tular hingga meraih 3.1 juta tontonan di laman sosial TikTok.

Kasih sayang tiada sempadan, perbezaan warna kulit dan darah kacukan tidak menjadi tembok penghalang buat Mohamad Ezzuan Hariss, 33, terus menyayangi insan bergelar ibu.

Ramai kehairanan bagaimana pemuda tersebut mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan wanita Melayu hingga menyangka empunya diri sengaja membuat cerita dibesarkan dalam keluarga Melayu.

Baca juga: Tertukar anak sudah susu badan. Jadi anak susuan, tak boleh kahwin

Tidak kurang yang membuat andaian mengatakan Ezzuan atau lebih dikenali sebagai Ezzu Chang dikutip wanita itu dalam tong sampah!

"Terima kasih emak membesarkan Arip sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah marah walaupun anak emak inilah yang paling nakal dan degil.

"Terima kasih menjadi emak yang baik dan sentiasa menyokong apa yang anak emak ini buat. I love you mak," titip Ezzu dalam satu hantarannya.

Ezzu di samping ibu kandung, Elizabeth Abu Bakar dan dua adik perempuannya.

Ternyata ikatan Ezzu dengan Mek Long, 64, bermula sejak sekian lama. Manakan tidak, darah yang mengalir dalam dirinya hari ini adalah hasil titisan susu ibu Mek Long yang merupakan ibu saudaranya.

"Ibu saya memang keturunan Cina dan menjadi anak angkat kepada Opah (yang merupakan ibu kepada Mek Long).

"Beliau diserahkan oleh pasangan peniaga di Gopeng kerana tidak mampu menyara. Sebaik sahaja bersalin, Opah ambil dan menjaga emak saya, Elizabeth Abu Bakar.

Baca juga: Tertukar bayi: Rina cadang pakai gelang barcode pada bayi, check anak sebelum discaj

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

"Selepas bercerai dengan suami pertama, Opah berkahwin dengan lelaki Cina dan daripada lelaki itu saya mendapat idea menggunakan nama Chang," ujar Ezzu menceritakan susur galur keluarga kepada Sinarplus.

Akrab hubungan Ezzu yang merupakan pengusaha Oppa Zuzu Kitchen dengan Mek Long tidak ubah seperti anak sendiri, mereka saling berpelukan menerusi video tular menjadi tanda tanya netizen.

"Ibu kandung saya dahulu sibuk bekerja siang dan malam, jadi emaklah yang menjaga saya, abang dan adik-adik sejak kecil.

"Setiap hari selepas habis waktu kerja baharu ibu ambil kami adik-beradik dari rumah emak. Ketika kami berjiran di Sungai Rokam, Ipoh.

"Emak dan bapak baik sangat, tidak pernah marah walaupun mereka sendiri ada sembilan orang anak. Malah ketika menghadapi kesukaran hidup dan mula mencari rezeki pada usia 14 tahun, emaklah yang banyak membantu mendapatkan pekerjaan untuk saya," luahnya.

Baca juga: Bukan drama, ini kisah benar. Insiden tertukar bayi, taut silaturahim dua keluarga

Baca juga: Pembedahan kurang dari 15 minit untuk atasi anak lidah pendek. Si kecil boleh bertutur tanpa cakap pelat

Malah pemilik Diploma of Hospitality, Diploma of Business dan Diploma of Leadership and Management dari sebuah kolej di Ausralia itu mengakui selepas bertahun dijaga Mek Long, setiap kali hari raya mereka pasti akan berkumpul.

Setiap kali tibanya Syawal, lelaki itu akan bertamu ke Cyberjaya atau Ipoh untuk bertemu keluarga susuannya.

"Hingga kini hubungan kami sangat rapat dan erat. Kalau saya datang ke rumah mesti emak masak sedap-sedap. Malah tempat tidur pun beliau siapkan. Memang emak dan bapak baik sangat," ujar Ezzu.

Hingga ke akhir hayat, Ezzu dan adik-beradiknya tidak melupakan jasa Mek Long sekeluarga

Bertuah memiliki dua ibu, Ezzu berharap selagi hayat dikandung badan, dirinya akan sentiasa mendoakan emak dan bapa susuannya sihat selalu.

"Kini emak dan bapak semakin lanjut usia, saya harap kedua-duanya sihat selalu," ujarnya.

Warga maya yang mengikuti video Ezzu turut menitipkan doa agar hubungan susuan antara beliau dan Mek Long kekal hingga ke akhir hayat.

- "Syahdu... Semoga selalu dipermudahkan urusan. Kasih ibu tiada pengganti."

- "Sudah jadi anak susuan, makna sama taraf dengan anak sendiri. Ahamdulillah."

- "Bagusnya, tetap sayangkan ibu susuan walaupun sudah dewasa. Moga hubungan kekal hingga ke jannah."

- "Bertuah awak dapat ibu dan keluarga susuan yang menyayangi, teruslah berbakti kepada mereka."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca