RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ikon ibu yang hebat. Pernah menempuh keguguran dan rawatan kesuburan, bonda kepada lima cahaya mata itu berkongsi mengalami masalah penyusuan susu ibu.

Menerusi temu bual ekslusif media tidak lama dahulu, baginda berkongsi pernah mengalami enam kali keguguran, 16 proses rawatan kesuburan termasuk persenyawaan in vitro (IVF) serta Suntikan intrasitoplasmik sperma (ICSI).

Baca juga: Gembira timang 2 cucunda baru diputerakan, Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar bersama

Baca juga: “Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera”- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi

Seri Paduka Baginda bersama putera sulung yang dinantikan selama 10 tahun Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Setiap insan bergelar ibu sudah tentu mahu memberikan yang terbaik buat permata hati termasuk menyempurnakan penyusuan susu ibu. Baru-baru ini, baginda mendedahkan azam menyusukan putera dan puteri namun tidak kesampaian lantaran ketiadaan susu.

“Sebagai ibu yang susah mendapat anak, semasa mengandung, saya memang ingin menyusukan semua anak dengan susu ibu. Tetapi ALLAH kurnia ini, mungkin ada (perkara lain) yang tidak dapat.

“Walaupun saya berjaya dengan kuasa ALLAH memakbulkan doa saya dikurniakan anak, tapi malangnya saya tidak dapat menyusukan seorang pun anak kerana saya antara seorang yang tiada susu.

“Waktu itu, IIUM tiada bank susu…kalau sudah ada bank susu, sudah tentu anak-anak saya boleh memanfaatkan kelebihan susu ibu. Saya sedih juga kerana tidak dapat memberikan susu ibu kepada anak sendiri,” titah Seri Paduka Baginda semasa menyempurnakan perasmian pusat susu ibu, Pusat Susu Bonda Halimatussaadia.

Baca juga: Agong ucap tahniah pelajar Malaysia dinobat ‘Top In The World’ subjek Kimia. Tewaskan hampir sejuta pelajar lain seluruh dunia

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama empat puteri dan putera (Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Mengetahui betapa berharganya susu ibu, baginda menzahirkan harapan agar wanita memiliki kelebihan susu badan yang banyak untuk mendermakan susu kepada pusat itu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain berharap lebih ramai wanita mengetahui kewujudannya.

Bagi wanita yang memiliki susu ibu berlebihan boleh mendermakan ke bank susu patuh syariah pertama di Malaysia, Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universifi Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, Pahang.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang perkenan merasmikan pusat berkenaan berkongsi bahawa sejak idea menubuhkan bank susu itu disembah maklum ke pengetahuan baginda, Seri Paduka Baginda telah menitahkan supaya penyelidikan menyeluruh dilakukan agar tidak timbul isu dari segi hukum syarak khususnya untuk mengelak daripada berlaku pertalian adik-beradik susuan.

Baca juga: Pesakit kanser tahap empat berhasrat bersua Permaisuri Agong, gembira dapat ke Langkawi

Baginda mencemar duli melawat wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU) Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universifi Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan (Kredit foto BERNAMA)

“Saya suruh mereka untuk semak betul-betul dan alhamdulillah, apa yang hendak dibuat IIUM telah dimakbulkan…dalam apa juga program yang saya lakukan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan bertitah supaya jangan hangat-hangat tahi ayam dan saya berharap bank susu ini juga akan berterusan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, Samsudin dalam ucapannya berkata penubuhan pusat susu ibu itu telah melalui pelbagai siri perbincangan dengan jabatan agama termasuk Pejabat Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang bagi mendapatkan panduan dan nasihat jelas berhubung pematuhan syariah.

Baca juga: “Tenang air muka, cantik macam bonda.” Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

(Kredit foto BERNAMA)

Antaranya, ia sangat menitikberatkan sumber susu ibu, kekenyangan bayi yang dicatatkan dengan penuh ketelitian selain penderma dan penerima saling berkenalan serta penderma wajib mendapatkan keizinan suami.

[email protected] dalam kenyataan pula memaklumkan idea penubuhan pusat susu itu bermula pada akhir 2019 sebagai sebahagian daripada inisiatif hospital mesra bayi dengan penyelidikan meluas termasuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif bagi mematuhi maqasid syariah dalam memelihara bukan hanya nyawa, malah keturunan, harta dan akal.

“Semua prosedur diteliti oleh pasukan terdiri daripada doktor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta Jabatan Pediatrik, jururawat ahli mikrobiologi dan Jabatan Pematuhan Syariah. SOP yang dibuat juga mengandungi garis panduan lengkap yang memperincikan keseluruhan proses daripada pengambilan bakal penderma susu sehingga penyusuan susu penderma kepada bayi.

“Aplikasi digital i-Milk juga dicadangkan sebagai tambahan untuk memastikan jumlah susu penderma yang diberikan kepada bayi baru lahir mematuhi syariah dan keturunan susu ibu terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pasukan penyelidikan terlibat juga telah melawat sebuah bank susu ibu di Hospital Queen Elizabeth di Glasgow, Scotland bagi mempelajari kemahiran teknikal dalam mewujudkan dan menyelenggara bank susu ibu.

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Sumber: BERNAMA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.