Netizen kecam usahawan rakam video sahabat meninggal, ini penjelasan Hafiz

Netizen kecam usahawan rakam video sahabat meninggal, ini penjelasan Hafiz
Netizen kecam usahawan rakam video sahabat meninggal, ini penjelasan Hafiz
A
A
A

SEBELUM ini, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad banyak berkongsi kisah seorang sahabat sejatinya di laman sosial.

Rakannya yang dipanggil Loh itu mengalami masalah kesihatan dan ditempatkan di sebuah hospital di Kelantan.

Terbaharu, semalam Hafiz turut berkongsi sebuah video perjalanannya ke kediaman rakan karibnya itu yang telah meninggal dunia.

Menerusi video tersebut, Hafiz juga sempat merakam pengebumian sahabatnya itu.

Namun, perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Niat baiknya berkongsi detik kehilangan seorang rakan baik sejak kecil ternyata menimbulkan sedikit amarah netizen yang menyifatkan tindakan merakam pengebumian itu kurang sopan.

Baca juga 7 ahli keluarga peluk islam, terinspirasi setelah melihat video Ustaz Ebit

Ada yang turut mengatakan itu hanya semata-sama untuk 'content' dan 'marketing' olehnya.

Namun hari ini, Hafiz tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting videonya semalam.

"Saya menjaga dia sejak awal dia sakit, saya call dia dan keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri. Sekarang bila dah tak ada, saya cuba jaga keluarga dia pulak dan Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat “sahabat” untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing?

"Saya tak pandai nak bentang hadis, saya kurang ilmu agama. Sayang, saya ada sahabat ramai dalam sosial media dan selama ni tak mampu nak kongsi benda yang baik sebab kurang ilmu agama.

"Tapi, saya tak boleh nak tunggu untuk jadi sempurna. Walaupun kurang ilmu agama, saya usaha untuk kongsi benda baik yang boleh diikuti. Sebab dulunya saya berubah kerana ada posting yang baik.

"Bukan salah kamu dan orang lain. Itu cara kamu melihat saya dan saya terima. Ada yang melihat dan dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan.

"Apapun, saya minta maaf dan saya tahu niat hati sebenar saya. Saya minta maaf dan terima kasih," tulisnya.

Sementara itu, video berdurasi 3 minit dan 38 saat itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan sejak dimuat naik 23 jam yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca