“Saya pun mengantuk juga nak tidur tapi…” Che Det kongsi dua tip kekal aktif tika berusia

A
A
A

BELIAU pemimpin tertua di dunia. Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun 305 hari sekali gus menjadikan beliau Perdana Menteri tertua.

Kini pada usia 96 tahun, Tun Dr Mahathir masih sihat. Katanya, untuk kekal sihat, seseorang itu hendaklah kekal aktif.

Seringkali memasuki usia persaraan, kebanyakan daripada masyarakat kita mengurangkan aktiviti atas pelbagai sebab.

Baca juga: “Banyak Perkara Lain Boleh Dipelajari Dari Korea Selatan, Bukan Hanya K-Pop Sahaja” – Pesan Tun M Kepada Anak Muda

Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Che Det atau Tun M berkongsi apa yang dilakukan beliau pada usianya kini menerusi paparan video di laman sosial TikTok.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki.

Baca juga: Ini kuarters Tun M masa mula-mula jadi doktor tahun 1956

“Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!

“Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada excercise.

“Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu juga turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia.

Beliau menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak.

“Satu lagi perkara, pemikiran kita.

“Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan.

“Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif.

“Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran.

“Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif” kata beliau.

@chedetofficialPerlu aktif bila bertambah usia

♬ original sound - chedetofficial

Terdahulu, Dr Mahathir juga pernah berkongsi bahawa beliau sentiasa sihat dengan tidak makan secara berlebihan.

Katanya, makanlah untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Baca juga: Video Romantik Tun M Dengan Tun Siti Hasmah Cecah 1.2 Juta Tontonan Dalam Masa Sehari

Malah beliau masih mengingati nasihat ibunya untuk berhenti makan apabila merasakan sesuatu makanan itu sedap.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menyambut baik nasihat yang dikongsikan Tun M.

- “Exactly Tun..brain pun kena exercise kalau xtidak jadi lemah macam otot lain.”

- “Respect gila tengak cara Tun, still boleh drive, jalan and being active! Salute!”

- “Semoga ALLAH pelihara Tun. Parti tolak tepi. Tapi jasanya tak akan dilupa dan akan dikenang sampai bila-bila.”

- “Terima kasih Tun berkongsi ilmu yang amat bagus untuk diamalkan…”

- “You are a living legend, a gift to Malaysia.”

- "Even at a very old age, he is still doing extraordinary things! A great role model to everyone around the globe. More your health and Allah's blessings Sir.”

- “Kata-kata ini sangat menginspirasikan kami anak-anak muda. Terim akasih Tun. Anak muda ayuh bangkit.”

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber:TikTok, Instagram @chedetofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca