'Sign' surat perjanjian, ini cara Dr Halina bagi anak gajet demi belajar online

A
A
A

SEJAK sesi pembelajaran online yang bermula pada pertengahan tahun lalu akibat pandemik Covid-19, gajet seperti telefon dan tablet menjadi keperluan utama bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan anak-anak sekurang-kurangnya satu telefon pintar.

Namun, bagi menyekat dan mengawal anak-anak menggunakan gajet sebetulnya bukannya mudah.

Begitu juga dengan pasangan angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Menurut Dr Halina, mereka terpaksa membenarkan anak-anak memiliki gajet hanya atas urusan pembelajaran.

"Anak gadis kami akhirnya mendapat ipad mereka sendiri yang mana telah dipinta sejak beberapa tahun lamanya.

"Dulu kami tidak melihat adanya keperluan untuk mereka memilik gajet mereka sendiri tetapi sekarang sejak bermulanya kelas mereka dari pagi sehingga petang. Akhirnya kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk mereka memilikinya.

"Sukar untuk tidak memberi mereka alat itu sekarang kerana semua rakan mereka memilikinya. Semua dah pakai telefon pintar dan gadis-gadis kami masih memggunakan Nokia," tulisnya di Instagram.

'Sign' surat perjanjian, ini cara Dr Halina bagi anak gajet demi belajar online

Katanya, kebenaran ini bersyarat dan ipad diletak bawah akaun dirinya.

"Memiliki tablet mereka sendiri tidak bermaksud mereka dapat melakukan apa yang mereka inginkan. Ia datang dengan persetujuan. Haha.

"Masing-masing mempunyai salinan surat perjanjian ini yang ditandatangani dan dilaminasi. Mereka mesti belajar menepati janji.

"Selain itu, saya meletakkan kedua-dua ipad di bawah akaun icloud saya dan saya akan tahu aplikasi apa yang mereka muat turun di App Store. Aplikasi Youtube mereka juga dibuka di bawah akaun saya dan saya dapat mengesan apa sahaja sejarah carian mereka di aplikasi itu. Hanya mendoakan yang terbaik," ujarnya.

Menurutnya, zaman dah berubah, kita kena sesuaikan diri dengan cabaran masa kini.

"Ketika berusia 9 tahun saya masih bermain berebut tiang di sekolah atau batu seremban dengan rakan-rakan tetapi keadaannya sekarang berbeza. Kita tidak dapat membandingkan masa kita dengan mereka.

"Kita sebagai ibu bapa harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada masa kini dan saya masih belajar juga," katanya.

Baca juga Guru Sains PdP DidikTV dikecam, ramai setuju penjelasan cikgu ini

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, sembilan tahun, Sophea Natasha, tujuh tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta pasangan kembar lain jantina, Eusoff dan Emelia berusia tiga bulan.

Terbaik cara Dr Halina praktikkan ini. Boleh juga dicontohi ibu bapa lain dalam mengawal anak-anak bermain gajet.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca