BEBERAPA hari lalu, laman sosial dihujani dengan pelbagai kecaman dan kutukan terhadap seorang guru yang menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi saluran DidikTV Kementerian Pendidikan (KPM).

Rata-rata mengecam guru Sains tersebut dengan mengatakan istilah digunakan salah, grammar dan pronounce tidak betul serta sebutan tidak mengikut slang English.

Sehubungan itu, seorang guru terkenal, Mohd Fadli Mohamed Salleh tampil memberi penjelasan keadaan sebenar apabila mengajar live.

Menurutnya, mengajar secara Live atau dikonti TV tidak mudah walau untuk mereka yang berpengalaman.

“Bukan semua orang boleh beraksi dengan natural bila tahu ribuan mata bakal memandang. Maka panic, kesilapan mudah akan berlaku.

“Guru ini bangsa Melayu. Lahir dan membesar di negara Malaysia. Nak harap dia cakap English slang macam mat saleh? Gila. Sama macam kau suruh mat saleh yang belajar bahasa Melayu cakap macam kita cakap. Boleh?” ujarnya.

Katanya yang juga mempunyai pengalaman bersiaran di kaca TV, keberanian guru tersebut harus dipuji.

“Beliau guru Sains. Bukan guru English. Keberanian beliau nak tampil ke depan untuk mengajar tu pun dah satu rahmat dan patut dipuji, bukan dikeji.

“Mata beliau memandang skrip masa mengajar. Kesilapan istilah dan grammar, besar kemungkinan salah dalam skrip yang ditulis.

“Patut ada pihak professional semak dahulu skrip, patut ada yang proofread sebelum luluskan skrip. Kesilapan dan kelemahan bab ni perlu diperbaiki.

“Objektif pembelajaran adalah subjek Sains. Maka kesalahan sedikit sebanyak grammar sepatutnya tidak menjadi isu pun. Ilmu dapat disampaikan, murid faham, objektif tercapai. Lain la jika subjek English. Dan sekali lagi, jika ada pihak yang mahir dalam bahasa Inggeris yang proofread skrip dan semak semua grammar dan istilah sebelum rakaman bermula, pasti lebih baik. Grammar yang betul dapat diguna dalam kelas adalah lebih baik walau bukan subjek English,” katanya.

cikgu dunia

Menurut guru Matematik SK (1) Gombak itu, tegurlah guru di saluran yang betul.

Iklan

“Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya dalam sesetengah masyarakat kita. Tajuk cerita diperbesarkan, martabat guru diperlekehkan.

“Ada pihak guna tajuk “Macam ini level cikgu negara kita?” hanya kerana kesalahan kecil. Ada salah, tegur melalui saluran yang betul tanpa perlu memalukan dan menjatuhkan martabat sesiapa.

“Percayalah. Dalam menuntut ilmu ini perlu ada keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya seorang guru. Guru bukan maksum, ada salah. Kesalahan itu perlu ditegur dengan cara yang betul, bukan dijadi bahan gelak ketawa dan dipersenda.

“Yang mana hebat sangat mengecam itu ini, cuba tawarkan diri mengajar secara live atau di TV. Nak juga tengok hebat tara mana sampai kecam macam sempurna sangat ni.

“Buat guru tersebut, anda hebat. Anda sangat berani. Pedulikan kata-kata negatif netizen. Ambil yang positif dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Saya sangat kagum dan bangga dengan cikgu,” tulis beliau di Facebook.

Guru Sains PdP DidikTV dikecam, ramai setuju penjelasan cikgu ini
Belajar online (gambar hiasan)

Perkongsian Cikgu Fadli mendapat persetujuan ramai rakan guru dan ada yang turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi yang sama.

Baca juga Lelaki ini kongsi kisah pengambaran filem Mantra di Penjara Pudu, tiba-tiba seram…

Iklan

Sementara itu, KPM hari ini mengatakan akan memantau kualiti dan membantu guru yang terlibat dalam menyampaikan PdP menerusi saluran DidikTV KPM, yang merupakan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata kementerian boleh melatih dan membimbing guru terlibat untuk menambah baik bukan sahaja dari segi kualiti kandungan tetapi penyampaian di kaca televisyen.