Telefon dikebas di kedai bakeri, kecekapan polis, kuasa viral berjaya jejaki suspek tak sampai 24 jam

A
A
A

BARU-baru ini tular di laman sosial kes kecurian telefon bimbit milik seorang wanita di sebuah premis di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Menerusi laman sosial Twitter, mangsa berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang wanita mengambil telefon berkenaan dan meminta sesiapa yang mengenali wanita terbabit menghubunginya segera.

Mangsa, Nalissa Azmee merayu agar telefonnya dipulangkan kerana segala dokumen penting berkaitan perjalanan ibadah umrah pada hujung minggu ini tersimpan di dalam telefon itu.

“Saya cuma perlukan telefon kerana urusan umrah saya semua dalam phone. Tolong saya warga Ampang atau Melawati,” titipnya di Twitter.

Mangsa difahamkan mula menyedari kehilangan telefon bimbitnya ketika di bahagian parkir pusat membeli belah. Dia kemudian kembali semula ke kedai bakeri untuk mengambil telefon itu semula di kaunter bayaran.

Bagaimanapun setibanya di sana, dia mendapati telefon tersebut hilang.

“Saya meminta staf kedai untuk melihat CCTV dan ternampak seorang wanita mengambil telefon saya. Saya telah menghubungi nombor telefon saya namun nombor tersebut telah disekat,” katanya menurut laporan polis.

Gambar hiasan: Metro UK

Hasil siasatan, polis berjaya mengesan telefon bimbit Nalissa dan memberkas suspek jam 3.30 pagi.

Menerusi perkongsian mangsa di IG Story, suspek dikatakan mengaku mencuri telefon berkenaan dan mempunyai niat untuk menjualnya. Dia juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut.

Mangsa menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dan ‘kuasa media sosial’ sehingga tertangkapnya suspek.

“Terima kasih warga media sosial dan semestinya sarjan yang cekap dan pantas bertindak. Saya ‘salute’ Polis Diraja Malaysia sebab bantu kes kecil kecurian telefon pada waktu kes Covid-19 yang meningkat tinggi,” titipnya.

Bagaimanapun menurut Nalissa segala data di dalam telefon terbabit sudah dipadamkan.

“Handphone memang sudah kena reset. Back up pun sampai Disember sahaja. Dokumen lepas Disember baru nak buat  quarterly (setiap empat bulan) tapi tiada rezeki.

“Dokumen umrah semua hilang. Tidak apalah, mungkin dari situ kita boleh belajar,” tulisnya.

Syukur akhirnya telefon mangsa berjaya ditemui semula. Semoga segala urusan untuk mengerjakan umrah dipermudahkan.

Baca juga: Hilang Di Ipoh, Jumpa Di Grik, Hasil Kerja Ala FBI, Pemuda Jejaki Telefon Hilang Tak Sampai 24 Jam

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: ">Twitter Nelissa Azmee @tatawork

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca