Tular wanita hamil di lantai tren, ini penjelasan KTMB
BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah foto memaparkan seorang wanita hamil yang didakwa duduk di lantai dalam sebuah tren.
Justeru itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan mengatakan isu tersebut yang melibatkan seorang wanita hamil didakwa duduk di lantai tren Diesel Multiple Unit (DMU) pada 15 Oktober lalu dan dilaporkan telahpun diselesaikan dengan cara baik ketika hari kejadian.
Pihak KTMB dilaporkan telah membuat siasatan dan mendapati kejadian berlaku kerana terdapat pertukaran kategori set tren di saat akhir namun wanita berkenaan tetap mahu kekal bersama ahli keluarganya dalam koc yang sama.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Difahamkan, terdapat petugas di gerabak berkenaan telah berusaha mendapatkan tempat duduk bagi penumpang itu wanita hamil berkenaan telah menolaknya.
Menurut KTMB, walaupun ada pertukaran set, penumpang yang membeli tiket tempat duduk akan dipastikan mendapat tempat duduk dan petugas sudah berusaha memberikan tempat duduk.
Kata kenyataan itu, kejadian tersebut kerana lonjakan penumpang yang merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman dan melibatkan laluan dari Dabong ke Pasir Mas di Kelantan.
"Penumpang itu telah beli tiket dua hala pada 13 Oktober di kaunter stesen dan dia tidak mahu ke koc lain kerana mahu dekat keluarga apabila berlaku perubahan set tren.
"KTMB memohon maaf dan kesal atas kejadian yang berlaku dan tindakan penambahbaikan akan dilakukan berterusan untuk menjamin keselesaan penumpang pada masa hadapan," katanya.
Syarikat rel kebangsaan itu mengulas insiden tersebut yang dimuat naik sendiri penumpang berkenaan di laman sosial pada 29 Oktober lalu sebelum ditularkan warganet tanpa tahu kisah sebenarnya.
Baca juga Padah enggan patuhi SOP pakai mask, ‘Karen KLCC’ didenda RM3,000
Susulan hantaran tersebut, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita mengandung itu mengecam teruk KTMB sedangkan kejadian itu sudah lama berlaku dan telah diselesaikan.
Sementara itu, DMU telah dilancarkan pada 11 April yang lalu turut menawarkan dua jenis tiket, tiket ada tempat duduk dan tiket tanpa tempat duduk (berdiri) namun sekiranya tiket tempat duduk sudah habis dijual, penumpang boleh membeli tiket tanpa tempat duduk tersebut.
Ia mampu memuatkan kapasiti maksimum 360 penumpang termasuk 218 dengan tempat duduk yang melibatkan laluan antara Tumpat di Kelantan sehingga Kuala Lipis di Pahang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang