'Usah ajuk kami kifarah itu benar', Ras Adiba marah, kecewa OKU dipersenda
"SAYA harap semua pihak dapat menjaga sensiviti dan hormat kepada orang kelainan upaya (OKU) kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari semua akan menjadi OKU."
Begitu luahan rasa kecewa Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Tegas Ras Adiba, berlakon sebagai OKU bukan modal untuk membuat kandungan dan menjadi terkenal di media sosial.
"Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebekalangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU yang kerap berlaku," katanya.
Menerusi satu kenyataan, Ras Adiba berasa kecewa dan marah dengan tindakan wanita dikenali Kak Long yang tidak menjaga sensitiviti dan hilang rasa hormat terhadap golongan OKU.
Ras Adiba menggesa agar Kak Long membuat permohonan maaf secara terbuka dan dikehendaki melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran.
"Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini."Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain," ujarnya.
Baca juga Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan Shereen Vallabouy
Justeru itu, Ras Adiba yang juga merupakan Presiden OKU Sentral menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.
"Ramai lupa bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengklasifikasikan perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).Baca juga Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo
"Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.
"Sila hormati OKU! Sila jaga adab anda. Kami tidak gemar dipersendakan. Saya akan terus menentang mereka yang mempersendakan komuniti OKU. Pohon berhati-hati. Usah ajuk kami, kifarah itu benar," tegas beliau.
Sumber: Instagram @rasadibaradzi
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang