[VIDEO] Sayunya hati, nenek sorong troli penuh barang terpakai bersama cucu undang sebak warganet
PERINTAH Kawalan Pergerakan disebabkan pandemik wabak Covid-19 membuatkan ramai yang terjejas dan hilang pekerjaan.
Disebabkan kesempitan hidup, sesiapa saja sanggup melakukan sebarang bekerja, waima terpaksa mengutip sisa sampah demi sesuap nasi.
Lebih memilukan, jika individu tersebut seorang warga emas. Dengan keadaan yang kudrat terhad, sesiapa yang melihatnya pasti akan bergenang air mata.
Apatah lagi, kerja mengutip plastik, tin dan botol kosong itu dibuat bersama cucunya yang masih kecil. Aduhai cukup menjentik hati kita yang melihatnya.
Perkongsian video pendek oleh pengguna TikTok, @kyrina.xx baru-baru ini membuatkan ramai terharu dan menitiskan air mata.
Mana tidaknya, video yang memperlihatkan seorang warga emas memakai baju merah polkadot menyorong troli yang dinaiki seorang anak kecil.
@kyrina.xxSemoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Allah! ??? ##juzfit##fyp
Warga emas itu dilihat melalui bahu jalan di tepi lebuh raya yang kalau difikirkan agak bahaya buat mereka berdua, sambil membawa barangan terpakai.
Simpati dengan keadaan itu, pengguna TikTok itu atau nama sebenarnya, Nur Khairina Kassim, 31, sanggup memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menghulurkan sedikit sumbangan.
Dalam perkongsian video tersebut, beliau sempat menitipkan doa buat warga emas tersebut.
“Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Allah! ? Hanya mampu doakan yang terbaik buat mak cik sekeluarga. Amin.”
Rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut turut mendoakan wanita cantik itu dimurahkan rezeki yang membantu insan memerlukan.
Tidak kurang juga berkongsi kisah mak cik tersebut yang selalu terserempak dan ada yang membantu.
Senang hati melihat nenek itu tersenyum bahagia.
Moga lebih ramai lagi yang berhati mulia untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Ada juga yang memuji keikhlasan Nur Khairina Kassim yang membantu insan yang tidak dikenali.
Alhamdulillah, moga kebajikan nenek tersebut dalam dibela sebaiknya. Tidak dinafikan musim pandemik yang masih berlarutan ini, ramai yang terjejas.
Kalau boleh, intai-intailah jiran sekeliling, mana tahu mereka sebenarnya memerlukan bantuan. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang