Ditanam hidup-hidup! Isteri jadi korban suami, ditemui m@ti di dalam tong drum

No Image Caption
A
A
A

KEJAM! Itu yang dapat dibayangkan sekarang ini kepada pelaku yang sanggup melakukan pembunuhan tersebut tanpa rasa perikemanusiaan. Lebih menyedihkan, kejadian ini berlaku ke atas seorang isteri yang menjadi korban suaminya sendiri atas alasan tidak puas hati.

Pada 27 Januari yang lalu, mangsa, Ayuni Sarah, 35 tahun dikatakan pergi ke rumah ibu mertuanya bersama suami, Edi Andani.

Berlaku perbalahan di antara Ayuni dan ibu mertuanya kerana perselisihan faham. Perkara ini dikatakan menjadi punca suami mangsa rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan isterinya.

Tanpa berrfikir secara rasional, Edi Andani merancang untuk membunuh isterinya di kebun kopi miliknya. Malah, dia telah pun mengorek tanah dan menyediakan ‘kubur’ untuk isterinya awal sebelum mengajak Ayuni ke kebun tersebut dengan alasan untuk berjalan-jalan.

Sebaik tiba di tempat yang telah dirancang, Ayuni yang ketika itu sedang membongkok untuk melihat apa yang ada di dalam lubang tersebut telah ditolak oleh suaminya lalu terjatuh ke dalam lubang.

No Image Caption

Ketika kejadian berlaku, kebetulan ada penduduk kampung di kawasan sekitar yang mendengar jeritan Ayuni menyebut “ampun” sebelum suaranya hilang. Peristiwa yang mendatangkan tanda tanya itu membawa kepada laporan polis dan ketika sampai di tempat kejadian, kelihatan tanah yang masih baru ditanam semula.

Pihak polis mengorek tanah tersebut dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sekujur tubuh wanita berada di dalam tong drum dan ditanam. Polis menahan suami mangsa bagi membantu siasatan.

Sesi soal siasat terhadap suami mangsa, dia mengaku telah membunuh isterinya kerana dendam. Dia juga mengaku telah memukul mangsa dua kali. Suspek memukul menggunakan papan ketika mangsa membongkok. Apabila mangsa jatuh ke dalam lubang, tergamak si suami memukul sekali lagi isterinya sehingga tidak sedarkan diri.

No Image Caption

Dikatakan mangsa masih hidup ketika dimasukkan ke dalam tong drum, dicurah simen dan ditanam di kawasan tersebut.

Pembunuhan itu berlaku di kebun kopi pada 30 Januari 2025 yang terletak di Kampung Uning Teritit, Bener Meriah, Aceh, Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang