[VIDEO]Suami baran pecahkan cermin kereta depan anak cetus amarah ramai
TIPULAH jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh di sepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama.
Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Namun lain terjadi kepada pasangan ini apabila tular sebuah video memaparkan si suami seperti sedang 'dirasuk' bertindak menarik dan memecahkan cermin kereta.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila tindakan tersebut dibuat ketika dua anak kecil mereka berada di dalam kenderaan berkenaan.
Video berdurasi 26 saat itu dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Amira Nabila yang juga isteri kepada lelaki tersebut.Baca juga Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya
Pada mulanya, lelaki itu dilihat menghampiri kenderaan itu untuk memberikan wang kepada anaknya.
Namun tiba-tiba lelaki itu naik angin dan memaut pada tingkap sehingga pecah. Dua kanak-kanak yang berada dalam kenderaan itu menangis ketakutan.
Menurut wanita tersebut, dia dan lelaki itu sedang menunggu proses perceraian dan sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu.
Jelasnya, suaminya sering mengganggunya dan membuat pelbagai ugutan seperti ingin membakar kereta.
"Pasal apa buka tingkap suku sahaja? Sehari sebelum kejadian, dia bawa lari beg dokumen aku yang ada dalam kereta."Kalau buka penuh, memang kena jeratlah macam sebelum ini. Lagipun aku berhati-hati kali ini sebab dia pernah ugut nak ambil kereta, siap kata nak bakar lagi.
"Sebelum ini juga dah berkali-kali jadi berebut kunci kereta dengan aku, sampai buang angin tayar kereta pun ada," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dikatakan mampu memberi trauma kepada anak-anak yang masih kecil.
Ramai meluahkan perasaan marah melihat tindakan lelaki terbabit seperti tidak memikirkan anaknya sendiri sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mencederakanya.
Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat lebih 30,000 shares dan hampir 7,000 komen.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku pada 13 Disember lalu, jam 10.37 pagi.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta Perodua Axia bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.
Katanya, suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang dan beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.
Baca juga Wanita rugi ribuan ringgit kemaruk cinta 'menteri kewangan', respon Tengku Zafrul tarik perhatian
Ujarnya, suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut.
Kata Ahmad Shukri, serpihan kaca itu turut terkena kepada anak mangsa menyebabkan anak-anak mangsa terkejut dengan kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.
Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang