Wan Rohani sanggup berhenti kerja sebagai pensyarah demi kejar impian, Natuwrel dan Donna pencetus kejayaan!
DARAH bisnes yang diwarisi daripada arwah ayahnya antara pencetus semangat buat Wan Rohani Wan Majid untuk menceburi bidang tersebut.
Memiliki kelulusan dalam bidang Ijazah Sarjana Kaunseling dan pernah memegang jawatan pensyarah, namun hanya setahun sahaja empunya diri mampu bertahan sebelum berhenti kerja.
Tahun 2013 anak jati Kedah itu mengambil keputusan untuk fokus dalam dunia bisnes. Sementelah sejak kecil, beliau sudah terdedah dengan bidang tersebut.
Baca ni Pernah down akibat ditipu pelanggan & tak dapat sokongan suami, Tecer Mass tak mengalah. Akhirnya…
"Waktu belajar di universiti, saya sudah mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual tudung sehinggakan tamat pengajian (Ijazah Sarjana) menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga.
"Habis saja belajar, saya memilih kerjaya pensyarah kerana itu salah satu cita-cita saya. Pun begitu, jiwa saya masih meronta-ronta nak berbisnes. Justeru, saya buat dua kerja dalam satu masa iaitu bekerja dan berniaga," cerita wanita berusia 37 tahun itu secara eksklusif kepada SinarPlus baru-baru ini.
Pun begitu, bebanan kerja makin bertambah menyebabkan beliau tidak sempat untuk fokus dalam alam perniagaan.
"Pada masa sama, badan saya mula menunjukkan simptom stres dan mula gastrik sehinggakan bisnes terabai seketika. Simpanan pun makin susut, gaji pensyarah tidak cukup.
“Itulah 'turning point' dalam hidup yang membuatkan saya memilih menumpukan kepada bisnes sepenuh masa," ujarnya.
Kemudian, wanita itu memberanikan diri untuk membangunkan jenama Natuwrel yang berpangkalan di Jitra, Kedah.
KEHEBATAN NATUWREL & DONNA
Bercerita lanjut, produk Natuwrel memberi fokus kepada produk penjagaan diri berasaskan beras dan telah berjaya menembusi 34 buah AEON di seluruh Malaysia.
Selain itu, beliau turut menampilkan jenama Donna yang memberi fokus kepada produk berasaskan makanan dan minuman.
"Jenama Donna bermaksud perempuan, memandangkan semua pasukan saya ialah perempuan. Malah, warna yang menjadi signatur merupakan kesinambungan daripada jenama NATUWREL yang memang sudah lama menggunakan warna turquoise. Dengan kata lain, tanpa Natuwrel tiadalah Donna.
"Terbaharu, saya mengeluarkan produk makanan iaitu sos pistachio atas permintaan ramai terutama yang berada jauh dan tak dapat datang ke sini (Donna). Alhamdulillah, sambutan cukup menggalakkan dan viral merata," ujarnya lagi.
Melihat aiskrim keluaran Donna yang seakan-akan sama dengan jenama terkenal lain, Wan Rohani punya alasan tersendiri kenapa memilih produk berkenaan untuk dipasarkan.
"Perbezaan Donna dengan jenama lain di pasaran adalah semua resipi aiskrim termasuk sos adalah idea sendiri.
“Saya membuat kajian sendiri tanpa menggunakan bahan segera. Paling penting, semua bahan terpilih mempunyai sijil halal. Ini kerana saya sangat mementingkan kualiti bahan supaya mendapat kepuasan pelanggan," ujarnya.
Baca lagi Dapat peluang guna wajah Datuk Rosyam Noor, sales usahawan ini naik mencanak
BUKA PELUANG PEKERJAAN
Cabaran utama membina nama dalam perniagaan bukan semudah yang diungkapkan dengan kata-kata.
Semua kerja terpaksa dilakukan sendiri termasuk dalam hal kewangan.
"Untuk mengupah orang untuk menggerakkan bisnes belum mampu, jadi saya mulakan dengan apa yang ada dalam poket. Daripada situ, saya gandakan segala profit selain turut membuka peluang kerja pada orang lain.
"Bab persaingan itu perkara biasa dalam bisnes. Mana-mana bidang pun sama cuma kita perlu tawarkan sesuatu yang baharu dan menarik supaya lebih di luar sana.
“Sebut soal team, sehingga kini, saya masih mencari dan mengalu-alukan mereka yang sanggup untuk bersama dalam membawa bisnes kecil ini ke next level," ungkapnya.
Dalam pada itu, beritahu usahawan hebat itu lagi, beliau memiliki penyedia kandungan atau content creator di media sosial sendiri.
Ujarnya, beliau mahu mengoptimumkan penggunaan media sosial dalam mempromosikan jenama dan produk miliknya.
"Bukan sekadar bergantung kepada staf yang diupah untuk membuat kerja tersebut, malah saya sendiri membantu berbuat demikian. Setiap hari, info dan promosi akan dimuat naik menerusi media sosial.
"Selain itu, saya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan influencer dan selebriti dalam menaikkan jenama ini kelak," jelasnya lagi.
Percaya dengan keupayaan produk tempatan dalam menembusi pasaran luar, ditambah jenamanya lengkap dengan segala pensijilan, Wan Rohani yakin mampu berbuat demikian suatu hari kelak.
Sesungguhnya, bantuan keluarga tersayang termasuk pelanggan yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan dari awal pembukaan bisnes sehingga sekarang amat dihargai wanita itu.
"Arwah papa banyak membentuk diri saya dengan meletakkan standard yang tinggi dalam kehidupan dan juga bisnes. Selain itu, suami yang selama ini menjadi tulang belakang, memberi restu dan mengizinkan saya menjalankan bisnes ini sehingga sekarang.
"Tanpa bantuan mereka, saya takkan sampai ke tahap sekarang. Justeru, saya amat berterima kasih kepada semua," ungkap beliau penuh makna.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang