KERJAYA Dr Norish Kareem  bermula sebagai Ketua Pegawai Operasi di salah sebuah pusat perubatan.

Namun, minat terhadap industri fesyen membuatkan beliau beralih arah.

Membulatkan tekad, Dr Norish bersama rakan kongsinya menubuhkan jenama Norish Kareem (NK).

Memiliki kelulusan sebagai Doktor Falsafah dalam pengurusan perniagaan di Kingston London, United Kingdom antara kelebihan yang dimiliki wanita berusia 43 tahun itu.

Norish

Kata beliau, minat berniaga sudah bercambah dalam diri sejak di bangku sekolah lagi.

Baca ni ‘Berpuak-puak, curang, cinta lama berputik kembali…’ Ada sebab rupanya ramai tak suka join reunion dengan kawan lama

Bahkan, zaman remajanya dihabiskan membuat kerja sampingan dengan mengambil stok aksesori daripada pengedar dan terus menjual.

Justeru, apabila tertubuhnya butik hasil titik peluh bersama rakan, beliau mahu memastikan perniagaan yang diterokai maju ke hadapan tanpa sebarang sekatan.

 

BANGKIT SUSUN STRATEGI

Menjadikan diri sendiri sebagai pendorong utama, selain ahli keluarga, beliau meletakkan Gabriel Coco Chanel sebagai idola dalam arena fesyen.

“Butik Norish Kareem ini dibuka di London pada tahun 2018. Semasa Covid-19, ia turut menerima impak yang besar sehingga terpaksa ditutup.

“Bak kata orang, daripada 100 jatuh ke tangga ke-10. Saya dalam situasi ‘blur’ selama tiga bulan. Tercari-cari solusi dan hampir putus asa.

Norish

“Pada masa sama, saya sedar untuk membina jenama tersebut bukan mudah. Justeru, saya gagahi untuk kembalikan jenama ini di pasaran.

“Bermula tahun 2022, saya mengatur strategi lebih ampuh untuk NK kembali dengan lebih gah di pasaran dunia. Insya-ALLAH,” ungkapnya penuh semangat.

Tidak sekadar melafazkan kata-kata, pada September tahun lalu, NK dengan bangganya memperagakan koleksinya di Kota London.

Baca ni ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

Lebih istimewa lagi, majlis tersebut berlangsung di hadapan VVIP, duta dari 20 buah negara.

Norish

“Koleksi NK ketika itu dihasilkan di Pakistan. Malah, itu yang memberi ruang untuk NK membuka satu kilang pakaian di Pakistan bersama rakan kongsi lokal di sana.

“Saya amat mementingkan kualiti. Fabrik di pilih mengikut rekaan yang sesuai. Untuk butik NK, kami memilih fabrik sutera, kain kapas, crepe dan sebagainya.

“Bahkan, busana dihasilkan adalah mengikut koleksi tertentu. Sebagai contoh, satu koleksi Aidilfitri, lebih kurang enam desain dikeluarkan,” ujarnya sambil memberitahu, setiap koleksi dikeluarkan setiap empat bulan sekali.

Iklan

Baca lagi Letak syarat selebriti perlu bertudung untuk promosi produk Zeeta, Zaiti Noordin anggap ia sebagai dakwah kecil

Norish

Selain itu, Dr Norish turut berjaya membuka HQ butik kafe di Paris yang dijangkakan akan beroperasi sebelum akhir tahun ini.

“Insya-ALLAH, cawangan butik ini akan di buka di Dubai dan Kuwait juga. Justeru, saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk membuka cawangan NK di Malaysia,” katanya.

Menjawab satu soalan, wanita hebat itu berkata, seperti usahawan lain, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuklah dari segi persaingan, ekonomi, kos dan trend fesyen semasa.

Baca ni Dari penulis ke uli tepung, Aisamurni tak menyesal tinggalkan kerjaya demi minat

TEMBUSI PASARAN LUAR

Iklan

Ditanya kenapa memilih nama sendiri untuk dijenamakan buat butik pakaiannya, Dr Norish punya alasan komprehensif.

Norish

“Saya anggap nama NK mempunyai nilai komersial dan mudah diingati. Pada masa sama, saya ingin ia menjadi legasi suatu hari kelak.

“Jika kita lihat pereka terkenal dunia seperti Chanel, Karl Lagerfield, Tom Ford dan nama-nama lain, semua menggunakan nama mereka sendiri sebagai jenama mereka,” katanya yang menjadikan media sosial dan pempengaruh sebagai salah satu kaedah terbaik mempromosikan jenama butik beliau.

Lebih membanggakan, sehingga kini, jenama NK sudah berjaya menembusi pasaran luar seperti di Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga beberapa negara di Eropah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang