Wanita Cina besarkan anak angkat Muslim terima Anugerah Maulidur Rasul, berikut kisahnya yang menyentuh hati
KASIH sayang yang mendalam wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada Rohana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai. Segalanya bermula apabila Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.
Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Baca juga: Fasih bertutur bahasa Mandarin, penyampai berita, Rasyidah Abu Johan sering jadi kaunter pertanyaan
Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan Rohana mengikut ajaran Islam.
Menyayangi Rohana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wwanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan Rohana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. Rohana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di Tingkatan Empat.
Kisah Rohana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.
Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian Rohana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.
Ketika menjejakkan kaki ke kampus, Rohana berkata 'Laoshi' (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
"Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar," katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.
Baca juga: Kuih chang versi halal yang enak dan padu air tangan Nur Basirah Chu. Wajib cuba ni
Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
"Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
"Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya," katanya.
Rohana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.
Baca juga: Gabungkan nama bapa angkat ketika menamakan anak angkat. Ini hukumnya yang wajib kita tahu…
Sumber: Bernama, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang