Wanita koma dibelasah suami makin lemah, keluarga buntu namun reda

A
A
A

TAHUN lalu, negara kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati apabila seorang wanita yang sedang hamil dipercayai dipukul suami sehingga koma.

Wanita dikenali Jahidah Nordin itu dilaporkan cedera teruk dan terpaksa dibuang tengkorak kepala akibat pendarahan sekali gus rahang, tulang belakang serta rusuk mengalami keretakan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Bagaimanapun mangsa keganasan rumah tangga yang berusia 43 tahun itu selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, adiknya, Fauziah Nordin, 41, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan kesihatan kakaknya tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dia meluahkan rasa buntu dengan keadaan kakaknya yang semakin lemah.

Difahamkan, Jahidah sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari serta dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

Baca juga Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Jahidah

Doktor turut menghubungi beberapa kali untuk memaklumkan keadaan kakaknya yang memerlukan proses bantuan penafasan (CPR) kerana badannya semakin lemah dan berisiko jantungnya terhenti.

"Kali ke berapa doktor panggil lagi nak terangkan mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.

"Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun.

"Ya ALLAH, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.

Baca juga Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

"Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya ALLAH," luahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan untuknya agar diberikan kekuatan menerima apa sahaja ketentuan yang akan berlaku.

Ujar mereka;

"Pernah lalui saat-saat camni. Allahu... sangat-sangat sukar untuk membuat keputusan. Reda dan ikhlas dengan segala ketentuan Allah."

"Buat istikharah, minta petunjuk. Minta pendapat ahli keluarga yang lain juga. Kalau boleh bawa balik, bawa baliklah."

"Allahuakbar saya tergamam tengok video ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kak Jahidah, perancangan Allah sebaik-baik perancang."

"Semoga segala kesakitan Jahidah Allah SWT angkat dan diberi keajaiban untuk sembuh."

Ini kronologi ringkas kejadian yang menimpa Jahidah;

1. Dalam kejadian pada 4 Mei, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

2. Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

3. Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.

4. Jahidah selamat melahirkan cahaya mata lelaki berusia 3 bulan yang diberi nama J Eshan Nufail pada akhir November tahun lalu dengan kaedah emergency czer walaupun masih berada dalam keadaan koma.

Sumber : ziahzara15

@ziahzara15 ?.......#mangsaderasuamidayus#braindamage#kakjahidah#EshanNufail♬ Kiss the Rain - Richard Abel

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca