'Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.' Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya
FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK), beliau menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu dan loghat Kelantan walaupun membesar di perantauan.
Dalam perkembangan terbaru, si cilik itu kini sedang bergelut dengan masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana.
Menerusi hantaran di Instagram, tiada lagi keceriaan yang dipamerkan. Fatimah kelihatan lesu dan pucat. Beliau juga dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital yang terletak di Birmingham buat pertama kali dimuat naik pada 16 Mac lalu.
Sejak itu, banyak gambar serta video menjalani rawatan sering dimuat naik tanpa keluarganya mendedahkan sakit sebenar yang dihidapi kanak-kanak itu.
Baca juga: “Tolong doakan Fatimah…” Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman
Baca juga: Boleh makan tanpa muntah, keadaan Fatimah beransur baik, Ali risau sempat kirim mainan untuk kakak
Selebriti Neelofa yang merupakan saudara terdekat memuat naik hantaran memohon doa buat Fatimah.
Dalam hantaran Isteri kepada PU Riz itu turut berkongsi potongan doa buat si kecil itu.
"Assalamualaikum Malaysia, tolong titipkan doa buat Fatimah.
"Ya ALLAH Ya Rabb kurniakan syifa-MU kepada Fatimah dengan kesembuhan segera yang tidak memberikan sebarang kesan buruk, yang sembuh sepenuhnya.
"Ya ALLAH, hilangkanlah segala penyakit. Hanya ENGKAU yang dapat menyembuhkan dan tiada kesembuhan kecuali daripada-MU. Aamin, Allahuma aamin.
"Keadaan Fatimah agak tidak baik sekarang, mohon doa-doa kalian. Moga ALLAH kurniakan kesembuhan pada Fatimah,” titipnya.
Baca juga: Demam anak boleh kebah dalam 24 jam, doktor ini dedah tip cepat turun suhu badan
Biarpun tidak mengetahui penyakit yang sedang dialami, warga maya mendoakan kanak-kanak yang sinonim dengan pesanan ‘sek kito jange break’ itu. Ujar mereka:
"Ya ALLAH semoga diberi kesembuhan buat Fatimah. Aunty peminat setia Fatimah selalu layan video telatah Fatimah ketika kecil. Till I named my daughter pun Fatimah," ujar Deera Ishak.
"Saya agak gementar melihat hantaran ini. Saya doakan agar Fatimah cepat dikurniakan syifa dan dihilangkan kesakitan," titip Reena 292.
"Semoga Fatimah dikurniakan kesembuhan ALLAH dan kekuatan iman bersama keluarga tersayang. Aamiin," kongsi Fadzrul Ain.
"Semoga ALLAH kurniakan kembali kesihatan yang baik kepada Fatimah stay strong ye anak solehah," tulis Iwani Sam.
Fatimah juga merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Anak kedua daripada tiga beradik itu juga pernah menerima Anugerah Bintang Popular bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.
Comel dan bijak berbicara, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar menghiburkan warga maya. Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang