Demam anak boleh kebah dalam 24 jam, doktor ini dedah tip cepat turun suhu badan

ANAK demam memang merisaukan. Paling ibu bapa tak keruan apabila bayi yang mengalaminya.

Kita dah bagi ubat, nak tunggu lagi enam jam untuk dos seterusnya, demam anak masih tinggi. Sampai buntu dah kita nak buat apa.

Kadang, demam tu bagus tanda tubuh tengah lawan jangkitan kuman dalam badan anak. Pun begitu, kita pun kena bantu tubuh anak dengan tambah lagi makan minum yang boleh kuatkan imuniti.

Anda boleh cuba cara doktor Mazliana Mazlan selalu buat ni.

Ujarnya, selalunya tak sampai 24 jam, suhu badan anaknya dah kembali normal. Paling lama pun, biasanya tak sampai tiga hari.

Baca juga Anak demam, batuk berkahak, hingus tak hilang ikhtiar air rendaman kembang semangkuk, alternatif ubat

1. Air, air dan air.

Air kelapa dan air putih, mesti kena ambil.

Air kelapa boleh bagi setiap satu hingga tiga. Sikit tetapi kerap.

Kalau makan ubat, jarakkan satu hingga dua jam dari air kelapa.

2. Pakaikan baju dan seluar longgar.

Kadang-kadang tak pakaikan baju pada anak, hanya seluar pendek.

3. Basahkan kain dengan air suam dan letak di kepala dan bahagian pelipat, ketiak, leher, belakang telinga.

Kalau anak tak suka letak kain basah, ambil botol spray dan spray air suam pada anak terutama bahagian pelipat.

4. Rendam magnesium atau epsom salt.

Anak akan segar dan cepat kebah. (Sangat berkesan untuk anak saya, dengan izin ALLAH, alhamdulillah).

Buat dua atau tiga kali sehari, dengan air suam.

5. Minyak zaitun, minyak kelapa, madu dan air boabab.

Kalau hari biasa makan sekali sehari je, tapi bila anak demam boleh bagi dua kali sehari.

Kalau hari biasa kita tak ambil, time anak demam bagi sekali sehari.

Boabab tinggi vitamin C untuk imuniti anak.

Baca juga Demam, meracau & kejang, kanak-kanak 12 tahun maut strok haba, berikut kronologi menyayat hati

Kredit foto: Freepik

6. Skin to skin

Kalau anak masih baby, angkat anak letak atas badan ibu atau ayah, macam baru lepas bersalin.

Kalau anak dah besar, kita letak tapak tangan kita atas badan anak.

Iklan

Emosi anak demam makin stabil bila kita kerap skin to skin.

7. Grounding

Waktu awal pagi atau lewat petang bila cuaca tak panas, bawak anak ke taman atau tempat berpasir. Pantai pun boleh.

8. Makanan bersup

Sup, singgang, tomyam atau bubur. Anak tak lalu makan, dapat hirup kuah je pun jadi.

9. Tinggal makanan proses

Roti, biskut, susu, jajan, semua ni kena stop kejap kalau nak anak cepat sembuh.

10. Doa

Iklan

Ini yang kena buat dulu. Doa dan solat hajat. ALLAH yang beri sakit pada anak, ALLAH jua yang beri penyembuhan pada anak.

Anda boleh cuba, mana yang serasi dengan anda. Tak semestinya kena buat semua okey.

Kadang saya hanya bagi air kelapa, rendam magnesium dan anak tak pakai baju. Kain basah semua tak buat pun. Eh anak dah sembuh esok pagi.

Insya-ALLAH kita cuba jaga usus anak supaya sihat selalu, mudah-mudahan bila demam datang, anak akan cepat sembuh.

Baca juga Jangan sekali-kali anggap demam satu hal yang biasa pada kanak-kanak. Silap hari bulan boleh cetus penyakit berbahaya

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!