10 cara berkesan halau cicak di rumah, wanita ini kongsi tip paling jimat dan selamat
CICAK adalah haiwan perosak yang sering menimbulkan masalah selain lipas, semut dan anai-anai.
Malah cicak juga menimbulkan rasa geli, apatah lagi jika najisnya bertaburan atau melekat pada dinding dan lantai rumah. Memang kotor!
Sungguhpun ia tidak menggigit atau merosakkan peralatan rumah, namun cicak akan menyelinap masuk ke tempat atau bekas penyimpanan makanan dan mencemarkannya. Lebih memudaratkan jika najisnya terjatuh dan mengotori makanan dan peralatan rumah.
Kabinet dapur, almari dan belakang perabot antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Membunuhnya atau mendapatkan perkhidmatan kawalan serangga mungkin boleh dilakukan, namun cara paling bijak mengelakkan masalah cicak di rumah ialah mengelakkan kehadiran sama sekali.
Baca juga: Cara mudah atasi masalah tahi cicak di rumah, guna tiga bahan ini
Lima info mengenai cicak:
i-Makanan cicak ialah serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, labah-labah kecil.
ii-Pemangsa cicak: burung.
iii-Habitat cicak: Tempat yang hangat, belakang almari, belakang televisyen, sekitar peti sejuk, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
iv-Sukakan persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut dan timbunan baju.
v-Tidak suka kepada bau-bauan tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.
Cara yang disarankan pengguna Facebook Hani Mynis ini mungkin berkesan bagi anda dalam membasmi cicak.
Berikut 10 cara mengelakkan cicak daripada terus 'berkampung' di rumah:
1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah . Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan bahan pembasmi semut dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah, secara automatik bilangannya akan berkurangan atau tiada langsung.
2. Disebabkan cicak takut kepada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:
-Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.
-Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh, memadai letak satu atau dua kulit telur di tempat masuk cicak.
-Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuki. Jika anda mahu ia estetik, gunakan bulu pelepah burung merak dan atau melekatkannya pada dinding sebagai perhiasan.
3. Disebabkan tabiatnya menjadikan belakang almari, bingkai cermin dan dinding sebagai tempat persinggahan, jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan ia 10 sentimeter dari dinding. Jika kediaman anda banyak cicak, kurangkan perhiasan yang digantung seperti bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah. Pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat dan ia secara automatik menarik perhatian cicak kerana lalat adalah makanan cicak.
Baca juga: Cuba dulu, pasti jadi!6 cara hilangkan bau busuk, hapak, kepam kereta guna bahan semula jadi
5. Elakkan melonggok barang lama seperti kain-kain, kertas dan kasut. Sebaiknya kitar semula surat khabar lama dan susun barangan kediaman dengan teratur di tempat khas.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi menukarnya selang tiga hari kerana bimbang bawang akan membusuk.
7. Letakkan ubat gegat dalam kabinet atau laci tetapi tidak digalakkan untuk laci/kabinet berisi makanan.
8. Untuk mengelakkan cicak melintas di atas meja makan atau kaunter kabinet dapur, lap permukaan meja makan atau kaunter kabinet dengan semburan larutan empat bahan ini:
250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik sabun membasuh pinggan mangkuk
1 sudu plastik Dettol
9. Tampalkan pelekat perangkap lalat di tempat tumpuan cicak seperti sebelah peti sejuk, belakang televisyen, bingkai cermin atau bingkai gambar. Cicak akan melekat pada permukaan pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun cara ini tidak digalakkan untuk 'penggeli cicak'.
10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.
Kesimpulannya pilihlah cara yang sesuai untuk digunakan bagi menyingkirkan cicak di kediaman anda.
Serangga tidak gemar pada ruang yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan keadaan sentiasa bersih dan kemas.
Baca juga: Apabila cicak berbunyi…
Baca juga: Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini
Sumber: Hani Mynis
Kredit foto utama: Pexels
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang