10 tempat menarik wajib singgah Cameron Highland tahun 2022, ada yang masuk percuma!
CAMERON Highlands, antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong pelbagai peringkat usia di negara ini.
Selain suhu persekitaran sejuk, suasana menghijau ladang teh di lereng bukit membuatkan kita terlupa laluan berliku yang ditempuh untuk sampai ke puncak.
Cuti sekolah tidak lama lagi, apa kata bawa keluarga ke Cameron Highlands untuk menikmati udara nyaman sambil menenangkan fikiran.
Bersama ini SinarPlus kongsikan 10 daya tarikan yang boleh anda kunjungi di tanah tinggi di Pahang ini selain ke ladang strawberi:
1-Cactus Valley
Tidak hanya kaktus,jenis tumbuhan lain seperti ros, calla lily impatiens, fuchsia, ananas, camellia, hibiscus, rhododendron, bird of paradise, glory bush, clivia miniata, pic, hippeastrum, geranium, coleus, gerbera, oncidium dan banyak lagi turut ditanam.
Bagi yang ingin mengenai kepelbagai jenis pokok epal dan pokok markisa, boleh ke Cactus Valley kerana ia juga turut ditanam di sana.
TIKET:
Dewasa: RM4
Kanak-kanak: RM2
WAKTU BUKA : 8.00 pagi - 6.00 petang setiap hari
Baca juga Rugi Tak Singgah 13 Lokasi Menarik Ini Bila Jejak Bumi Cameron Highlands
2-Mossy Forest
Hutan di pergunungan tinggi Cameron Highlands mampu memerangkap lembapan dari awan dan ia dipanggil 'hutan lumut'. Di sana pokok-pokok kerdil sehingga kira-kira 10 meter tinggi. Lumut, paku pakis, tumbuhan periuk kera, rhododendron dan orkid liar boleh dilihat di sekitar hutan ini. Malah ada yang menyamakan ia seperti hutan mistik Harry Potter dan Lord of the Rings.
TIKET:
Warganegara
DEWASA: RM10
KANAK-KANAK: RM5
Pelancong Asing
DEWASA: RM30
KANAK-KANAK: RM15
3-Ladang Teh BOH
Ladang Teh Boh Sungai Palas antara ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Ia adalah antara tarikan para pelancong ke Cameron.
TIKET:
PERCUMA
4-Cameron Valley Bharat Tea
Pemandangan indah menghijau dapat dilihat dari kedai teh ini yang terletak sekitar 5 kilometer dari Ringlet dan jalan utama Tanah Rata.
Suasana persekitaran yang sejuk menjadikan ia lokasi yang menarik untuk berehat dan bersantai, terutamanya selepas perjalanan jauh.
WAKTU OPERASI
8.30 pagi - 6.00 petang (Isnin hingga Khamis)
8.00 pagi - 7 malam (Sabtu dan Ahad)
5-Butterfly Farm
Butterfly Farm ialah tarikan pelancong di Kea Farm di Brinchang. Ia menempatkan pelbagai spesies rama-rama, serangga dan haiwan seperti Butterfly Garden di sebelahnya. Kompleks ini juga menempatkan sebuah kafe, kedai cenderamata. Di ladang, pengunjung bebas meneroka taman bunga dan memberi makan haiwan peliharaan seperti arnab, guinea pig dan itik.
WAKTU OPERASI
9.00 pagi - 5.30 petang
TIKET:
Dewasa: RM7
Kanak-kanak: RM4
6-Taman Agrotek MARDI
Luas dan menempatkan pelbagai spesies bunga-bungaan berwarna-warni. Malah terdapat taman berbumbung yang membolehkan anda berteduh sekiranya hujan. Banyak tempat yang boleh anda abadikan sebagai latar fotografi. Taman ini juIa juga mesra pengunjung kerana dilengkapi kafe, surau dan kedai cendera hati.
TIKET:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2
Rombongan (bas)
Dewasa: RM120
Kanak-kanak: RM60
7-Cameron Tringkap Bee Farm
Ladang lebah yang terletak di jalan utama di Tringkap ini mempunyai muzium lebah mini untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan madu dan cara madu dihasilkan. Anda juga boleh membeli pelbagai produk madu di sini.
WAKTU OPERASI
8.30 pagi - 6.30 petang
TIKET: Percuma
8-Muzium Time Tunnel
Ia adalah sebuah muziumdi Brinchang di Cameron Highlands yang menempatkan pelbagai barangan memorabilia, artifak dan barang koleksi dari zaman dahulu.
Dibuka pada tahun 2007 olehSee Kok Shan, seorang penduduk tempatan yang mempunyai minat untuk mengumpul barangan lama yang berkaitan dengan zaman awal Cameron Highlands dan sejarah Malaysia.
WAKTU OPERASI
9.00 pagi - 6.00 petang
TIKET:
Dewasa: RM6
Kanak-kanak: RM4
9-Cameron Lavender
Walaupun menggunakan nama lavender, taman ini turut menempatkan pelbagai spesies bunga lain dan strawberi. Tidak hanya pokok lavender, perhiasan serba ungu yang cukup menawan boleh dilihat di sekitar taman ini.
WAKTU OPERASI
9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin hingga Khamis)
9.00 pagi - 7 malam (Sabtu dan Ahad)
TIKET:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM7
10-Rose Centre
Rose Centre Kea Farm Cameron Highlands terletak kira-kira 5 km dari Brinchang menempatkan ratusan spesies. Anda juga akan terpesona dengan pelbagai mural budaya, arca batu berwarna-warni pada landskap.
WAKTU OPERASI
8.00 pagi - 6.00 petang
TIKET:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2
Manfaatkan cuti sekolah untuk membina ‘bonding’ bersama anak dan ahli keluarga di lokasi menarik seperti Cameron Highlands ini.
Seeloknya, buat persiapan dengan merangka itenerari tempat-tempat yang hendak dikunjungi.
Tempahan awal tempat tinggal (hotel atau homestay) beberapa minggu sebelum tarikh kunjungan disarankan bagi menjamin kelancaran.
Baca juga: Berkabus, suhu 17 darjah Celcius, situasi terkini buat ramai rindu Cameron Highlands
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang